Jumaat, Mei 27, 2011

Kilang kepada dunia



Negara China kini lebih dikenali sebagai "Kilang kepada dunia" kerana anda boleh menjumpai barangan buatan negara China di hampir setiap negara di seluruh dunia. Komputer yang anda sedang gunakan untuk membaca laman web ini juga besar kemungkinan mengandungi barangan buatan negara China.

Negara China kini sudah mengambil tempat pertama sebagai pusat kegiatan ekonomi dunia.

Perubahan baru ekonomi di negara China seperti permulaan bursa saham negara China, peningkatan pelaburan luar ke negara China dan usaha berterusan daripada usahawan-usahawan mereka, membawa maksud yang ekonomi di negara China akan semakin berkembang dan meningkat dengan lebih pesat berbanding sebelum ini.

Kuasa penghasilan barangan popular oleh negara China diakui oleh kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat berdasarkan jumlah import mencapai berbillion Dollar Amerika yang telah dilakukan oleh mereka terhadap barangan yang dihasilkan di negara China berdasarkan laporan import negara Amerika Syarikat dari tahun 2000 sehingga tahun 2009 seperti berikut...



Memandangkan negara China mempunyai kekuatan pekerja yang ramai dan mereka mampu menghasilkan barangan dengan kos per unit barangan yang jauh lebih murah berbanding mana-mana negara lain di seluruh dunia, maka mereka mampu menjual barangan tersebut kepada orang luar pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Ini juga telah menyebabkan semakin banyak syarikat besar mula membina atau membeli kilang pembuatan di negara tersebut.

Kos pembuatan yang rendah adalah disebabkan kos penggajian pekerja yang rendah. Peluang pekerjaan di negara China adalah sangat kompetitif. Oleh itu, syarikat-syarikat di situ boleh mendapatkan pekerja dengan bayaran gaji yang rendah.

Kebanyakkan syarikat negara China tidak membayar kos-kos lain seperti insuran dan pemberian tempat tinggal untuk pekerja adalah murah. Karenah birokrasi tidak wujud, pembayaran cukai yang kurang, kos bangunan yang murah dan kos pembinaan yang murah turut membantu di dalam mengurangkan kos pembuatan barangan di negara China.

Sumber - Eruwan Gerry