Ahad, Jun 05, 2011

Kepentingan Ion Negatif

Mengapa Kita Berasa Nyaman Apabila Berada di Hutan atau berdekatan Air Terjun?

Jawapannya adalah kerana kawasan berhampiran air terjun dan dalam hutan dipenuhi ion negatif. Pergeseran antara molekul-molekul dalam air dan persekitaran menghasilkan cas elektrostatik yang menyebabkan ion-ion negatif memenuhi udara. Sementara itu, tumbuh-tumbuhan melepaskan molekul air bersama cas elektrostatik lalu memenuhkan hutan dengan ion negatif. Inilah sebanya mengapa kita berasa bertenaga bila berada di kawasan sebegitu.


Contoh dari Kehidupan Sebenar – Kekurangan Ion Negatif.

Semasa Perang Dunia ke 2, anak kapal untuk kapal selam dipilih antara mereka yang memiliki keadaan fizikal yang baik. Meskipun begitu, laporan menunjukkan mereka tetap menghadapi simptom-simptom seperti sakit kepala, keletihan, dan berkelakuan ganas.

Selepas siasatan terperinci, saintis sedar bahawa enjin dan penjana elektrik dalam kapal selam menyebabkan kehilangan ion negatif dengan banyaknya. Saintis kemudiannya mencipta penjana ion negatif untuk diletakkan di dalam kapal selam. Inilah sebabnya penjana ion negatif diletakkan di dalam kebanyakan persekitaran tertutup seperti kapal angkasa, roket, dan pelabuhan nuklear.

Dengan kemajuan teknologi, kita telah mengabaikan keseimbangan semulajadi ion. Pencemaran industri, pemancaran automobil, peralatan elektrik yang menghasilkan impuls elektromagnet, bahan kimia dari bahan pembinaan, dan sebagainya mengandungi ion positif dalam jumlah yang sangat besar. Ini memberi kesan buruk terhadap keseimbangan ion dalam badan manusia.


Kesan Ion Negatif terhadap Badan Manusia


• Ion Negatif Mengurangkan Sakit Otot.

Ion negatif dapat meneutralkan asid laktik dan juga membantutkan pengeluaran “oksigen aktif” dan radikal bebas untuk mengurangkan bahan atau toksin yang menyebabkan keletihan atau penyakit.

• Mengubah Keadaan Berasid kepada Keadaan Lebih Beralkali

Pencemaran udara dan sinar U.V meningkatkan ion positif di dalam atmosfera, menyebabkan pengasidan badan. Ini merupakan salah satu punca penyakit kronik pada zaman moden ini. Ion negatif mampu mengubah keadaan dalaman badan kepada keadaan lebih beralkali lalu memperbaiki metabolisme badan.

• Memperbaiki Kualiti Tidur.

Ion negatif dapat mengatur keseimbangan sistem saraf, memperbaiki peredaran darah, dan mengurangkan tekanan yang menghasilkan tidur yang lebih berkualiti.

• Meneutralkan Radikal Bebas kepada Bahan Tidak Berbahaya.

Oksigen yang menjadi keperluan utama kita mempunyai peluang untuk bertukar menjadi radikal bebas yang berbahaya. 2 hingga 3% udara yang disedut akan menjadi bahan berbahaya termasuk toksin daripada pencemaran seperti klorin, asap, dan sebagainya. Radikal bebas boleh menyebabkan kita berdebar dan mengurangkan kebolehan semulajadi kita untuk sembuh daripada penyakit. Disebabkan kekurangan elektron dalam strukturnya, radikal bebas menjadi sangat tidak stabil. Sebaliknya, ion negatif mempunyai lebih elektron yang membolehkan ia meneutralkan radikal bebas dengan mendermakan elektronnya. Ini akan mengubah radikal bebas tadi menjadi bahan yang tidak berbahaya.

• Memperbaiki Kualiti Udara.

Bahan-bahan pencemaran yang terapung di udara seperti habuk dan kuman semuanya mengandungi ion positif. Ion negatif dapat meneutralkan bahan pencemaran ini untuk membersihkan udara.






Sumber - site.100percentnutrisyen.com

0 ulasan:

Catat Ulasan