Selasa, Jun 07, 2011

Sonar

Pengenalan

Sonar adalah singkatan daripada perkataan "Sound Navigation and Ranging". Ia berfungsi untuk mengesan sesuatu atau objek-objek di dalam air.

Di dalam industri perikanan, bukan sahaja alat sonar ini telah digunakan oleh bot-bot pukat jerut tetapi terdapat juga di bot-bot pukat tunda. Selain dari mengesan ikan, ia juga boleh membantu di dalam hal-hal pelayaran.
Bahagian-bahagian Sonar dan Fungsinya

Komponen-komponen utama sonar terdiri daripada:

Motor Angkat ( Hoist Motor )

Apabila kuasa dihidupkan, motor akan berpusing dan menurunkan 'soundome' ke dalam air. 'Control board' bertindak sebagai pengawal pusingan motor secara automatik.

"Soundome"

Transduser di 'soundome' akan mengesan dengan mengeluarkan gelombang bunyi. Apabila terkena sesuatu objek, gelombang tersebut akan memantul balik ke 'soundome' dan ditukar menjadi gelombang elektrik.

"Konsol"

Konsol menerima gelombang elektrik daripada 'soundome'. Konsol juga bertindak sebagai pengawal jarak pengesanan, arah pengesanan sehingga 360 ° di sekeliling bot, sudut 'beam' daripada 0 ° - 90 ° , jarak dan kedalaman ikan daripada bot dan kekuatan kesan yang diterima.

Penerima kesan ( Colour T.V Monitor)

Objek-objek yang telah dikesan kemudian dipancarkan melalui penerima kesan atau 'Colour T.V Monitor'. Warna-warna yang ditunjukkan bergantung kepada kepadatan sesuatu kesan. Contohnya, kawasan batu atau keras digambarkan dengan warna merah. Kawasan lembut atau lumpur digambarkan dengan warna hijau atau biru.

Kegunaan dan Kelebihan Sonar

Di antara kegunaan-kegunaan sonar adalah :

• Mengesan kumpulan ikan di kawasan pertengahan dan di bawah permukaan laut
• Mengesan keadaan dasar laut.
• Mengesan ikan semasa operasi memukat
• Mengetahui jarak jauh ikan daripada bot
• Membantu dalam pelayaran untuk keselamatan bot dan peralatan menangkap
• Oleh kerana kegunaan dan kelebihannya, sonar dikenali juga sebagai 'Underwater radar'.

Jenis-jenis Sonar

Terdapat berbagai jenis dan model sonar di pasaran sekarang. Tiap-tiap satunya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Walaupun begitu, dari segi prinsipnya adalah sama.

Penggunaan sonar dapat memudahkan pengesanan ikan di sekeliling bot dan juga boleh menbantu mengelakkan halangan - halangan di laut. Di samping dapat meningkatkan jumlah tangkapan, ia juga menolong menjimatkan masa operasi dan mengurangkan kos kerugian peralatan tangkapan semasa operasi di laut.

Sumber - www.dof.gov.my

0 ulasan:

Catat Ulasan