Selasa, Jun 21, 2011
Pengecas Solar
Suatu masa dahulu, telefon bimbit merupakan aksesori kepada sesetengah golongan berada, tetapi kini ia telah menjadi keperluan asas bukan sahaja kepada golongan yang bekerja, tetapi juga kepada golongan pelajar. Keperluan berkomunikasi telah menjadi satu kemestian masyarkat pada zaman serba moden ini untuk bertanya atau menyebarkan berita serta maklumat. Peningkatan penggunaan telefon bimbit ini juga adalah kesan daripada keputusan syarikat-syarikat yang menghasilkan produk telefon bimbit seperti Motorola, Nokia, Ericsson, Siemens dan Samsung menjual produk mereka dengan harga yang mampu dibeli oleh pengguna dari pelbagai lapisan timur.
Telefon bimbit menggunakan bateri yang boleh dicas sebagai sumber kuasanya. Namun, kandungan cas di dalam bateri akan berkurangan apabila telefon tersebut digunakan. Oleh itu, bateri perlu dicas semula agar ia dapat berfungsi seperti biasa. Kaedah mengecas yang biasa digunakan adalah menggunakan bekalan tenaga elektrik daripada TNB iaitu 240V arus ulang alik (AU). Voltan yang tinggi ini akan diturunkan kepada 5V hingga 8V bergantung kepada kapasiti dan had voltan maksimum bateri yang dicas. Kaedah ini sememangnya telah terbukti dapat mengecas bateri telefon bimbit dengan berkesan tetapi masalah akan mula timbul jika bekalan elektrik tiada dan telefon bimbit diperlukan pada masa-masa kecemasan.
Selain itu, apabila kita membandingkan nilai voltan bekalan elektrik antara setiap negara di dunia, terdapat sesetengah negara yang membekalkan tenaga elektrik yang berbeza kepada penduduknya. Seperti di Malaysia, pembekal tenaga elektrik tunggal iaitu TNB membekalkan 240V, 50Hz frekuensi kepada penduduk Malaysia. Berbeza dengan Amerika Syarikat, bekalan tenaga elektrik mereka ialah 11kV, berfrekuensi 60Hz. Perkara ini tidaklah menimbulkan masalah kepada penduduk negara masing-masing tetapi bayangkan jika anda adalah penduduk Malaysia dan anda perlu ke Amerika Syarikat atas sebab-sebab tertentu. Walaupun telefon bimbit dilengkapi dengan servis perantauan, sudah pasti ianya tidak dapat digunakan jika bateri telefon tersebut kehabisan cas. Jadi, penggunaan pengecas telefon yang biasa digunakan adalah tidak praktikal kerana voltan yang dibekalkan untuk setiap negara adalah berbeza antara satu sama lain.
Bagi mengatasi masalah-masalah tadi, kita perlu mencari alternatif lain untuk menghasilkan bekalan kuasa elektrik seperti menggunakan kuasa solar. Kaedah ini amat sesuai digunakan di negara-negara berhampiran garisan khatulistiwa seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan China. Kehadiaran cahaya matahari yang agak konsisten sepanjang tahun mampu menjana tenaga elektrik dengan berkesan. Bagi Negara-negara di Eropah yang mengalami perubahan musim, pengecas ini masih lagi boleh digunakan semasa musim panas dan musim bunga.
Selain itu, pengecas suria yang hendak dibina perlulah kecil supaya ia mudah dibawa dan diletakkan di mana-mana seperti diatas kereta, di dalam hutan semasa berkhemah atau di tepi laut semasa berkelah. Dalam lain perkataan, di mana ada cahaya, di situ ada kuasa elektrik.
Sumber – Mohd Fatwi Nadwi B. Mohd Fauzi (UTMM)
Fotovolta
Pendahuluan
Setiap pagi sinaran matahari memancar menandakan bermulanya hari yang baru. Silauan dari cahaya matahari menyebabkan sakit mata memandang. Pohon-pohon yang hijau kelihatan semakin segar di bawah mandian cahaya matahari tersebut. Apakah punca kesegaran baru yang diperoleh oleh tumbuh-tumbuhan yang hijau tersebut ? Itulah proses fotosintesis. Foto bermaksud cahaya dan sintesis bermaksud menggabungkan. Pohon-pohon mengunakan cahaya matahari untuk mengabungkan air dan karbohidrat kepada tenaga bagi penumbuhan.
Filem fotografi atau gambar ialah bahan yang sensitif pada cahaya. Jika filem gambar didedahkan pada cahaya akan didapati ia berubah menjadi gelap selepas pencucian. Kalau kecerahan cahaya dapat dikawal dengan menggunakan kertas yang berbeza warna, dan filem gambar didedahkan pada tahap kecerahan yang berbeza tersebut, maka selepas pencucian boleh diperoleh beberapa tahap corak kegelapan pada filem-filem gambar.
Era teknologi maklumat ini mementingkan penggunaan sumber tenaga elektrik untuk memastikan berfungsinya alatan komunikasi moden dan canggih. Komputer, radio, televisyen, stereo dan peralatan lain bergantung pada tenaga elektrik untuk berfungsi.
Adakah mungkin bagi manusia untuk melakukan perkara yang sama sebagaimana tumbuh-tumbuhan ? Menukarkan cahaya pada bentuk tenaga yang berguna seperti tenaga elektrik.
Pada tahun 1890, seorang ahli Fizik Perancis, Jacques Becquerel, telah mendapati apabila sesetengah bahan terkena cahaya matahari, mereka akan menjana arus elektrik yang kecil. Arus kecil yang diperoleh ini ialah permulaan pada peranti yang boleh menukarkan dari cahaya kepada tenaga elektrik. Peranti yang mempunyai fungsi ini hanya mula dilihat dari sudut pembekal tenaga elektrik oleh Makmal Bell pada tahun lima puluhan semasa menjalankan kajian ke atas transistor. Peranti ini dipanggil sel suria atau sel fotovolta. Dimana foto bermaksud cahaya dan volta bermaksud keupayaan elektrik.
Transistor ialah dua diod yang disambung belakang dengan belakang iaitu sebagai pnp atau npn. Jika satu diod didedahkan pada cahaya matahari maka akan didapati arus kecil mengalir keluar dari diod tersebut tanpa memerlukan satu bekalan kuasa elektrik luar disambungkan (contoh bateri dll). Biasanya sel suria ialah diod pn yang telah dibina supaya mengoptimumkan output tenaga elektrik daripadanya. Matahari menjadi sumber pada penjanaan tenaga elektrik dari sel suria.
Kelebihan Dan Kekurangan Sel Suria
Penggunaan sel suria sebagai pembekal tenaga elektrik mempunyai beberapa kelebihan. Tenaga elektrik yang diperolehi dari matahari adalah senyap dan tidak menyebabkan pencemaran alam seperti membakar minyak, diesel, arang batu, kayu dan juga tidak menghabiskan sumber-sumber asli yang berguna. Matahari adalah percuma dan tidak mempunyai had. Satu hari harga mendapatkan minyak dan arang batu dunia akan meningkat sehingga tidak mungkin untuk diperolehi dan digunakan sebagaimana sekarang ini tetapi tidak begitu bagi matahari. Sel suria tidak mempunyai bahagian yang bergerak yang memerlukan servis atau barang ganti. Ia satu peranti pepejal.
Sel suria membekal tenaga elektrik apabila ia diperlukan. Ia baik untuk satu kedudukan yang terpencil kerana tidak memerlukan grid kuasa jarak jauh yang mahal. Sel suria biasanya diletakkan diatas bumbung oleh sebab itu tidak memerlukan kawasan tanah tambahan. Tenaga yang dijanakan tidak tertumpu pada satu tempat, maka dengan itu tidak perlu dilindungi dari peperangan atau kumpulan subersif.
Penggunaan sel suria sebagai pembekal tenaga elektrik ada mempunyai beberapa kelemahan. Sel suria hanya akan berfungsi pada siang hari sahaja. Pada malam hari apabila tidak ada cahaya matahari sel suria tidak akan menjana tenaga elektrik. Bagi kegunaan sebelah malam sel suria perlu digandingkan dengan penyimpan tenaga elektrik seperti bateri. Harga sel suria adalah agak mahal pada awalnya tetapi jika dikira jumlah tenaga elektrik yang dibekalkan bersama dengan masa hayat sel suria yang lebih daripada dua puluh tahun ditambah dengan tidak memerlukan bayaran penyelenggaraan seperti minyak dan lain-lain, pada jangka masa yang panjang harganya adalah lebih murah.
Penggunaan Sel Suria
Senarai yang berikut menerangkan beberapa penggunaan utama sel suria bagi bekalan kuasa elektrik.
• Lampu rumah, televisyen, pemain kaset, radio dan peralatan kecil. Lampu pada malam hari adalah penting untuk pendidikan, kerja tangan dan aktiviti sosial. Televisyen, radio dan sistem stereo pula berguna kepada penduduk luar bandar yang memerlukan maklumat dan hiburan.
• Industri kecil dan institusi. Sekolah dan perniagaan kecil di luar bandar menggunakan elektrik suria untuk menghidupkan lampu, mesin jahit, kalkulator, peralatan kecil, komputer, mesin taip dan sistem keselamatan.
• Telekomunikasi. Biasanya sistem telekomunikasi dibina di tempat terpencil tanpa kewujudan bekalan kuasa elektrik, sistem fotovolta boleh membekalkan kuasa elektrik tersebut pada radio, pengulang terpencil, dan peralatan pemantau cuaca.
• Peti ais vaksin dan lampu bagi pusat kesihatan. Sistem elektrik suria banyak digunakan bagi peti ais vaksin di pusat kesihatan terpencil. Peti ais tersebut digunakan juga bagi membekukan ketulan ais dan menyimpan plasma darah dalam keadaan sejuk. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menyokong penggunaan sistem elektrik suria ini.
• Pengepaman air. Susunatur modul sel suria disambungkan pada pam elektrik untuk mengepam air dari sungai dan telaga. Air ini boleh digunakan bagi tujuan minuman, pembasuhan, penggunaan kerja rumah lain dan projek pengairan kecil.
• Pagar elektrik dan lain-lain kegunaan. Pagar elektrik yang boleh menghindarkan binatang liar dari ladang dan taman haiwan boleh di kuasakan oleh elektrik suria. Kegunaan biasa lain seperti lampu jalan, tanda jalan, alat pembantu pengemudian kapal, sistem keselamatan dan kawalan batang paip dari kakisan.
Teori
Sel suria ialah peranti keadaan pepejal yang berasaskan bahan semikonduktor. Ia tidak mempunyai bahan bergerak untuk berfungsi dan tidak mengeluarkan asap atau pun bunyi semasa berfungsi. Yang diperlukan hanyalah cahaya. Cahaya tersebut mungkin datang dari matahari, lampu ata pun lilin.
Sel suria juga dipanggil sel fotovolta atau nama ringkasnya sel PV. Sebagai satu peranti keadaan pepejal, ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaran sebagai contoh mengisi minyak dan sebagainya. Cahaya yang diperolehi secara percuma dari matahari dapat menggantikan minyak. Sel suria dapat berfungsi (masa hayat) selama lebih daripada dua puluh tahun.
Gabungan beberapa sel suria yang disambung secara bersiri atau selari dinamakan modul suria. Jika modul suria disambungkan pula secara bersiri atau selari, maka ia dinamakan sebagai susunatur suria.
Bagaimana Sel Suria Berfungsi
Unsur silikon ialah bahan semikonduktor yang banyak digunakan untuk mengfabrikasikan sel suria. Bahan semikonduktor lain yang juga digunakan ialah selenium, kadmium sulfit, galium arsenida dan kadmium telurida. Sel suria bergantung pada sifat elektrik khas bahan semikonduktor, iaitu membolehkan bahan ini bertindak sebagai penebat dan pengkonduksi. Semikonduktor ialah bahan yang mempunyai dua pembawa cas iaitu pembawa cas negatif yang dipanggil elektron dan pembawa cas positif yang dipanggil lohong. Kepingan-kepingan silikon yang telah didopkan dengan bendasing menyebabkannya mempunyai satu jenis pembawa melebihi daripada yang lagi satu. Jika pembawa majoriti ialah elektron, semikonduktor ini adalah jenis n, manakala jika lohong ialah pembawa majoriti, semikonduktor ialah jenis p. Apabila kedua-dua jenis semikonduktor ini digabungkan membentuk simpangan pn, satu medan elektrik akan terbina di simpangan tersebut, maka ia membolehkan tenaga suria "kumpul" dan "tolak" elektron yang tercabut dalam sel untuk mengeluarkan arus elektrik.
Sinaran suria adalah terdiri daripada berjuta-juta zarah bertenaga tinggi yang dipanggil foton. Setiap foton membawa satu kuantiti tenaga (mengikut jarakgelombang); setengah foton mempunyai tenaga lebih tinggi daripada yang lain. Apabila satu foton yang mempunyai tenaga yang mencukupi melanggar atom silikon di dalam sel suria, ia akan melanggar elektron paling luar silikon dan elektron tersebut tercabut daripada orbitnya mengelilingi nukleus, membebaskannya untuk bergerak menyeberangi medan elektrik sel. Apabila elektron-elekton telah menyeberangi medan, elektron ini tidak boleh kembali balik. Semakin banyak elektron menyeberangi medan sel, maka bahagian belakang sel akan membentuk cas negatif.
Jika satu beban di sambungkan di antara terminal negatif dengan positif sel, maka elektron-elektron akan mengalir sebagai arus. Dengan itu, tenaga suria (dalam bentuk foton) secara berterusan mencabut elektron-elektron silikon daripada orbit dan "menolak" elektron-elektron melalui dawai. Lagi kuat keamatan cahaya matahari, lagi kuat arus mengalir. Jika cahaya berhenti daripada melanggar sel, aliran arus berhenti serta merta.
Teknologi Sel Suria
Ada beberapa jenis sel suria yang dapat diperolehi iaitu sel yang diperbuat daripada silikon monohablur, polihablur dan amorfus. Monohablur merujuk sel yang dipotong daripada satu hablur tunggal silikon (hablur adalah keadaan yang diambil oleh unsur-unsur pada keadaan tertentu; hablur silikon diwujudkan bagi industri komputer). Polihablur merujuk sel daripada hablur yang banyak. Sel jenis amorfus diperbuat daripada silikon yang bukan dalam bentuk hablur.
Sel suria mono dan polihablur ialah wafer silikon yang dipotong daripada silinder hablur silikon mengunakan gergaji tepat. Semasa proses pemotongan, jumlah hablur hilang sebagai habuk hampir sama dengan yang dipotong pada sel. Wafer ini kemudiannya mengalami tindak balas kimia di dalam relau untuk meningkatkan sifat-sifat elektriknya dan seterusnya salutan antipantulan dikenakan diatas permukaannya, keadaan ini bertujuan menggalakkan penyerapan sinaran dengan lebih berkesan. Dawai nipis logam di metrikan dimuka hadapan sel dan ini membentuk sentuhan positif, manakala lapisan logam yang memenuhi belakang sel sebagai sentuhan negatif.
Sel monohablur mempunyai kecekapan 11-16% (iaitu jika sinaran suria melanggar sel pada sudut tegak dengan keamatan 1000 W/m2, maka 110 ke 160 Watt setiap m2 sel suria ditukarkan ke elektrik). Sel monohablur adalah stabil secara kimia, maka ia dapat bertahan lama. Sel monohablur adalah yang pertama dibangunkan secara komersial.
Sel polihablur (multihablur) mempunyai kecekapan yang lebih rendah (iaitu 9-13%). Sebagaimana sel monohablur, sel polihablur juga mempunyai masa hayat yang panjang, dan tidak merosot dengan masa. Sel ini dipotong daripada acuan jongkong silikon polihablur. Sel monohablur mempunyai satu corak warna, manakala permukaan polihablur mempunyai warna corak berganda.
Sel amorfus (filem nipis) tidak menggunakan silikon dalam bentuk hablur. Sebaliknya, bahan silikon dimendapkan k eatas gelas atau permukaan plastik sebagai satu filem nipis. Permukaan itu kemudiannya dibahagi-bahagikan kepada beberapa sel dan ditambahkan sambungan elektrik. Modul amorfus boleh dikeluarkan pada harga yang lebih murah daripada sel poli dan monohablur. Sel suria yang digunakan pada permainan kanak-kanak, kalkulator dan jam biasanya diperbuat daripada bahan silikon amorfus. Kecekapan sel amorfus adalah di antara 3 dengan 6%. Silikon amorfus merosot dengan masa iaitu apabila ia menjadi lebih tua sel amorfus akan mengeluarkan kuasa yang berkurangan. Ia merosot lebih kurang 20 % daripada kuasa asal sebelum menjadi stabil.
Sistem Bekalan Elektrik Suria
Sistem bekalan elektrik suria terdiri dari beberapa komponen iaitu matahari sebagai sumber tenaga, sel suria atau modul suria sebagai penjana kuasa elektrik, pensyaratan kuasa bagi kawalan sistem dan bateri sebagai simpanan kuasa elektrik jika diperlukan.
Setiap komponen ini adalah penting bagi memastikan bekalan kuasa elektrik tidak terputus atau tidak mencukupi. Kuasa elektrik suria dibekalkan dalam bentuk arus terus, tetapi kebanyakkan alatan elektrik menggunakan arus ulang-alik. Bagi membolehkan sistem bekalan elektrik suria menghidupkan peralatan arus ulang-alik satu peranti yand dinamakan penyongsang perlu digunakan.
Kedapatan sinaran suria
Kedapatan sinaran suria setempat dapat diperoleh dari Jabatan Kajicuaca. Banyak data sinaran yang dapat diperoleh di sini. Data yang boleh diperolehi sebagai contohnya ialah jumlah jam nilai keamatan puncak iaitu jangka waktu sinaran suria mempunyai nilai sama dengan 1000 Wm-2. Nilai ini digunakan untuk menganggarkan sistem bekalan elektrik suria yang sesuai. Data yang lebih tepat adalah min bulanan insolasi harian dalam unit kWm-2.
Pengsyaratan kuasa
Pengsyaratan kuasa adalah terdiri daripada sistem elektronik ynag digunakan untuk mengawal keselamatan sel suria atau modul suria dan bateri daripada rosak yang berpunca dari penggunaan beban berlebihan atau lindungan awan. Biasanya sistem elektronik ini terdiri daripada fius, suis, diod penghalang, penanda LED, nyahsambung voltan rendah dan pengatur cas.
Bateri
Bateri diperlukan jika bekalan kuasa elektrik digunakan pada waktu malam iaitu pada ketika tidak ada cahaya matahari. Sel suria tidak menyimpan tenaga. Bateri berfungsi sebagai penyimpan tenaga elektrik dalam bentuk tenaga kimia. Bateri akan dicaskan pada siang hari menggunakan sel suria dan dinyahcaskan pada malam hari bagi membekalkan kuasa elektrik seperti lampu, televisyen dan lain-lain alatan elektronik yang lain.
Penyongsang
Penyongsang ialah peranti elektronik yang boleh menukar arus terus kepada arus ulang-alik.
Sumber – CETREE (Buku Sumber Guru)
SEL SURIA DAN NANOTECK
MATAHARI merupakan sumber tenaga yang paling utama dalam kehidupan. Dunia kini berhadapan dengan krisis tenaga. Sains dan teknologi menawarkan penyelesaian untuk menghadapi krisis yang semakin genting ini. Saintis telah pun mengemukakan pelbagai jawapan dan kaedah untuk menghadapi krisis tenaga bahan api. Antara yang paling terkenal ialah tenaga boleh baharu menggantikan sumber tenaga tradisional seperti sumber tenaga fosil yang menghasilkan bahan api yang tidak boleh diperbaharui. Selain itu, sumber bahan api fosil mempunyai kelemahan seperti kehabisan sumber, pencemaran, hujan asid dan pemanasan global.
Salah satu tenaga boleh baharu yang paling popular dewasa ini ialah sel suria atau juga dikenali dengan nama sel solar. Sel suria sebenarnya diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti Silikon dan Galium Arsenik (GaAs). Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, elektron di dalam bahan semikonduktor tersebut akan teruja dan bergerak melalui bahan tersebut menghasilkan arus elektrik. Menurut sejarah, sel suria telah lama dibangunkan semenjak tahun 1883 oleh Charles Fritts. Sel suria moden pula telah dibangunkan oleh saintis di Bell Laboratories pada tahun 1954. Kemudian pada tahun 1970, tenaga ini pertama kali digunakan secara komersil dalam kalkulator dan jam tangan digital.
Perkembangan penggunaannya sangat perlahan sehinggalah ia dapat menembusi pasaran pada awal tahun 1990-an. Ini disebabkan harga yang relatifnya agak mahal di samping kecekapannya yang rendah pada waktu itu. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi sel suria semakin rancak sejak akhir-akhir ini, terutamanya pada penghujung abad ke-20. Pengeluarannya secara besar-besaran telah dilakukan oleh syarikat teknologi terkenal dunia. Kemajuan teknologi nano pada masa ini telah meningkatkan lagi penggunaan dan keupayaan teknologi sel suria dalam proses pengumpulan tenaga solar daripada matahari untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi dan perindustrian.
Di Imperial College of London misalnya, nanoteknologi digunakan oleh Keith Barnham, seorang penyelidik di institusi tersebut dalam usaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran sel solar. Sebuah syarikat ditubuhkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Imperial College of London yang dikenali sebagai Quantasol. Penyelidikan ini diketuai oleh Barnham sendiri yang telah menghasilkan sel suria menggunakan lapisan bahan GaAs sebagai filem nipis berbanding dengan silikon yang digunakan sebelum ini. Setiap lapisan akan menghasilkan warna atau gelombang cahaya yang berbeza apabila terdedah pada cahaya matahari. Syarikat tersebut mendakwa keseluruhan tenaga yang dihasilkan di dalam sel yang menggunakan bahan GaAs melebihi sekali ganda daripada kecekapan sel suria yang dihasilkan menggunakan bahan silikon sebelum ini.
Sebuah lagi syarikat yang mengasaskan sel suria menggunakan nanoteknologi ialah G241 di United Kingdom. Syarikat ini telah mengeluarkan bahan untuk sel fotovolta yang berupaya menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik walaupun mempunyai kadar serapan cahaya yang rendah. Sel suria atau sel fotovolta dihasilkan berdasarkan formulasi Graetzel yang dicipta oleh Michael Graetzel pada tahun 1991, yang mendapat inspirasi daripada proses fotosintesis tumbuhan. Menurut pengarah urusan Syarikat G241 yang menghasilkan bahan nanoteknologi sel suria ini, kelebihan menggunakan kaedah sel Graetzel kerana lebih mudah untuk difabrikasi, mengurangkan kos dan menjimatkan masa serta tenaga untuk menghasilkannya. G241 telah pun menjalankan pengeluaran besar-besaran produk sel solar ini di kilang pengeluaran mereka dan menyasarkan jualannya untuk negara-negara membangun.
Dalam bidang penyelidikan pula, satu penemuan baharu bahan saduran antipantulan yang boleh digunakan dalam penghasilan sel suria berasaskan silikon yang bertujuan untuk meningkatkan penghantaran cahaya matahari ke dalam sel. Dalam jurnal optik terkenal, Optics Letters, penyelidikan yang diketuai oleh Shawn-Yu Lin melaporkan penemuan bahan saduran antipantulan yang dapat meningkatkan kadar serapan cahaya matahari oleh panel sel solar dan seterusnya membenarkannya menyerap keseluruhan spektrum cahaya dari segenap sudut. Penemuan ini berjaya meningkatkan lagi keupayaan dan kecekapan sel solar dalam usaha untuk memaksimumkan kadar serapan cahaya ke atas panel sel solar.
Beberapa contoh di atas merupakan hasil kajian dan potensi besar gabungan teknologi nano dan sel solar yang semakin mendapat perhatian dunia dalam menangani krisis tenaga yang semakin membimbangkan. Sains dan teknologi tidak putus-putus menawarkan penyelesaian terbaik dalam menangani krisis yang berlarutan akibat kerakusan manusia dan juga perubahan alam selari dengan usianya yang semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, ilmu pengetahuan sains dan teknologi perlu digunakan secara berkesan dalam menghadapi situasi mencabar pada masa ini dan masa akan datang.
Sumber - goaypastpm.wordpress.com
Tenaga Suria Sebagai Tenaga Alternatif
Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati. Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi. Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi. ( Jauhri P. K, 2005)
Secara ringkasnya, pengunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusan tahun yang lampau. Menurut sejarah, pada tahun 212 Sebelum Masihi, Archimedes telah berjaya mengalahkan angkatan perang dengan menggunakan kaedah penumpuan tenaga suria. Secara berperingkat-peringkat peningkatan pengunaan tenaga suria berkembang melalui penemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen. Kini, aplikasi daripada tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. (Murtedza Mohamed, 1991)
Bagi mendapatkan tenaga suria sebagai sumber tenaga pelbagai kaedah telah digunakan. Antaranya ialah kaedah plat pengumpul mendatar. Pengumpul jenis ini popular digunakan bagi pemanasan ruang yang besar-besaran ataupun secara kecil- kecilan. Pengumpul penumpu pula merupakan satu teknologi yang akan menumpukan sinaran suria bagi meningkatkan fluks sinaran tersebut. Di negara-negara membangun aplikasi kaedah ini masih kurang digunakan disebabkan oleh kos pemasangan yang agak tinggi walaupan kaedah ini sesuai digunakan di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun seperti negara Malaysia.
Potensi pengunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenaga kepada negara- negara yang membangun memperlihatkan satu jalan yang agak cerah. Hal ini adalah kerana, kebanyakan negara-negara yang sedang membangun ini berada dalam lingkungan 0oC – 23oC di mana kawasan ini terletak dalam kawasan yang mendapat cahaya matahari paling tinggi sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yang mampu menjana tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif. Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria secara maksimum. Pada masa ini, tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu.
Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga. Pantai barat semenanjung Malaysia dan pulau-pulau kecil di pantai barat semenanjung mempunyai potensi yang amat luas untuk menjana tenaga solar kerana kawasan ini mendapat sinaran matahari sepanjang tahun. Hal ini adalah kerana, kawasan ini tidak mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai timur semenanjung yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap tahun. Dengan adanya kitaran musim tengkujuh ini, kawasan ini tidak sesuai untuk dijanakan tenaga suria.
Di samping itu juga, India juga merupakan satu contoh negara yang membangun yang mempunyai potensi besar untuk menjana tenaga suria. Menurut Jauhri (2005), India mampu untuk menjana tenaga suria sebanyak 5000 trillion kwh per setahun. Hal ini adalah kerana, negara India terletak dalam kawasan yang mendapat sinaran tenaga suria yang tinggi sepanjang tahun dan negara India juga dapat menjana tenaga suria sebanyak 5 ± 7 kw per jam sehari.
Kini telah banyak penyelidikan dilakukan untuk memanipulasikan tenaga suria ini secara maksimum di India. Lebih daripada 100 buah syarikat tempatan telah terlibat dalam sektor pembuatan yang mengadaptasikan proses tenaga solar dalam kehidupan seharian seperti dapur solar dan pemanas air solar.
Masalah untuk memajukan tenaga altenatif
Tahap teknologi rendah
Teknologi yang tinggi diperlukan untuk membangun dan menjana tenaga altenatif dengan giat. Tahap teknologi di negara-negara membangun masih rendah dan belum begitu maju. Hal ini menyukarkan negara tersebut untuk memajukan tenaga ini. Namun begitu, mereka boleh mendapatkan khidmat teknologi dari negara luar seperti Jepun. Hal ini memerlukan negara membangun ini mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mendapatkan teknologi tersebut. Secara tidak langsung, hal ini menyukarkan negara tersebut mendapatkan teknologi tersebut dalam kuantiti yang agak banyak. Hal ini akan menyebabkan wujudnya had untuk memajukan tenaga alternatif.
Modal besar
Tenaga alternatif yang ingin dimajukan juga mempunyai halangan seperti memerlukan modal yang besar. Hal ini menyukarkan negara membangun untuk memajukan tenaga alternatif kerana kewangan mereka terhad. Modal yang besar diperlukan untuk membeli teknologi dan kepakaran dari luar. Secara tidak langsung, kewangan yang terhad menyebabkan operasi untuk memajukan tenaga alternatif juga adalah terhad. Hal ini juga menyebabkan berlakunya gangguan ketika menjana tenaga tersebut kerana terdapat perkongsian teknologi antara kawasan janaan tenaga alternatif yang berbeza. Dalam hal ini, pembaziran masa dan kos penghantaran yang tinggi akan berlaku.
Kekurangan buruh mahir
Kebanyakan negara membangun mendapatkan teknologi dari luar untuk memajukan tenaga alternatif ini. Oleh sebab itu, mereka memerlukan kepakaran dari luar untuk mengendalikan teknologi atau mesin yang berkaitan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan buruh yang terlatih atau mahir dalam mengendalikan teknologi tersebut. Dalam hal ini, negara membangun terpaksa mengimport kepakaran dari luar bagi membolehkan teknologi digerakkan untuk memajukan tenaga alternatif. Secara tidak langsung, hal ini akan meningkatkan kos untuk menampung kegiatan ini. Bukan itu sahaja, buruh yang sedia ada pula hanya melakukan kerja bawahan tanpa mendapat latihan untuk mengendalikan teknologi tersebut kerana kepercayaan untuk mengendalikan mesin diserahkan sepenuhnya kepada buruh dari luar. Hal ini akan menyebabkan pengeluaran yang berlaku adalah tidak menguntungkan kerana negara tersebut terpaksa menampung kos untuk pembelian teknologi dan kepakaran dari luar.
Saiz pasaran yang kecil
Saiz pasaran yang kecil untuk tenaga alternatif juga menyukarkan tenaga tersebut untuk dimajukan dan dikomersialkan. Hal ini menyebabkan keuntungan bagi pengeluarannya adalah sedikit. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional yang mendatangkan keuntungan yang banyak kerana telah berjaya dikomersialkan. Secara tidak langsung, tenaga alternatif ini akan menyukarkan negara membangun untuk mendapatkan keuntungan dan menampung penduduk yang banyak dengan pengeluarannya.
Kebaikan tenaga keterbaharuaan kepada negara-negara sedang membangun
Mesra alam dan tidak kehabisan
Salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam. Hal ini adalah kerana kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah berbanding dengan pengunaan sumber tenaga yang lain. Selain daripada dapat menjana tenaga dengan lebih efektif sifat tenaga alternatif yang mesra alam ini mendorong banyak negara untuk memproses tenaga alternatif sebagai sumber tenaga utama negara mereka.
Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia
Tenaga alternatif merupakan salah satu jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia. Hal ini adalah kerana, dengan menjana tenaga alternatif negara yang sedang membangun tidak akan mengalami masalah kekurangan bahan api asli lagi untuk menjana tenaga elektrik. Hal ini adalah kerana, dunia sekarang sedang mengalami masalah krisis tenaga dunia ekoran daripada bahan bakar utama iaitu petroleum dunia semakin berkurangan dan bagi negara-negara yang bergantung sepenuhnya dengan bahan bakar berkenaan terpaksa mencari bahan bakar lain untuk menjana tenaga elektrik di negara mereka.
Peluang untuk menjana tenaga alternatif dalam kalangan negara yang sedang membangun adalah tinggi berbanding dengan negara maju. Tetapi ekoran daripada teknologi dan kepakaran yang terhad negara sedang membangun terpaksa melepaskan peluang ini terbiar begitu saja. Namun kini, pelbagai pihak telah tampil untuk membuat penyelidikan dan inovasi dalam bidang tenaga alternatif ini kerana memandangkan negara yang sedang membangun ini mempunyai pelbagai khazanah mengenai tenaga altenatif bagi menangani masalah krisis tenaga yang sedang melanda dunia sekarang ini.
Tenaga alternatif ini merupakan jalan terbaik untuk menangani masalah krisis tenaga dunia. Kenapa dahulu masyarakat hanya memandang sepi terhadap potensi tenaga altenatif ini? Persoalan ini payah untuk dijelaskan tetapi kini ekoran daripada masalah krisis tenaga yang sedang melanda seluruh dunia, masyarakat mula berlumba-lumba uantuk menjana tenaga alternatif bagi mengatasi masalah ini.
Tidak ketinggalan juga adalah dalam kalangan negara yang sedang membangun kini sedang berusaha untuk mejana tenaga alternatif ini walaupun hanya separuh keperluan tenaga negara yang mampu ditampung oleh pengeluaran tenaga alternatif berkenaan. Sememangnya tidak dinafikan bahawa dalam kalangan negara-negara sedang membangun ini mempunyai potensi yang besar untuk menjana tenaga tersebut.
Sememangnya negara-negara yang sedang membangun ini perlu untuk bergiat cergas dan mempunyai inovasi yang tinggi dalam bidang teknologi bagi menjana tenaga alternatif sebagai tenaga untama bagi negara mereka. Oleh sebab itu, pertukaran tenaga pengajar dan teknologi dari negara maju adalah penting bagi memajukan sektor tenaga alternatif di negara- negara yang sedang membangun agar krisis tenaga ini dapat diatasi dengan bijaksana.
Sumber - Siti Zubaidah binti Ibrahim & Ruzaini binti Abdul Kadir (UPSI)
Tenaga daripada matahari
MATAHARI adalah sebuah bintang sepertimana berjuta-juta bintang lain yang dapat dilihat berkerlipan di angkasa pada setiap malam. Walau bagaimanapun oleh kerana matahari begitu penting dan diperlukan oleh manusia, maka pada kebanyakan masa bintang ini dianggap sebagai sebuah bintang yang amat istimewa dan luar biasa.
Matahari paling penting kepada kehidupan harian manusia sebagai sumber tenaga. Matahari adalah sumber tenaga primer, yang membawa maksud semua tenaga yang dihasilkan secara semulajadi ataupun secara proses teknologi adalah bersumberkan matahari. Tenaga yang dihasilkan oleh matahari adalah tenaga daripada tindak balas nuklear dan sampai ke bumi dalam bentuk cahaya.
Kajian tenaga matahari ataupun kajian tenaga suria (solar energy studies) adalah suatu bidang sains dan teknologi angkasa yang amat sesuai diberi perhatian oleh Malaysia kerana Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa iaitu kawasan muka bumi yang paling hampir dengan matahari dan menerima paling banyak cahaya matahari. Kajian tenaga matahari mungkin merupakan suatu aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Buat masa ini, perjalanan tenaga suria secara terus tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama kerana kadar penghasilan tenaganya adalah rendah dan tidak ekonomik. Negara-negara khatulistiwa yang maju di segi pengurusan ekonomi dan teknologi seperti Malaysia patut aktif dalam usaha menyelidik dan membangunkan janakuasa tenaga suria yang tinggi tahap penghasilan tenaganya.
Janakuasa tenaga suria yang efisien sekiranya dapat dihasilkan akan dapat membekalkan tenaga untuk pasaran tempatan dan juga untuk dieksport ke negara-negara jiran. Di samping itu, sistem penjanaan tenaga suria mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan sistem penjanaan tenaga lain seperti hidroelektrik, nuklear dan arang batu.
Janakuasa tenaga suria boleh dibina di kawasan-kawasan yang hampir dengan pengguna, tidak seperti janakuasa tenaga hidroelektrik yang perlu dibina di sungai-sungai yang mempunyai aliran yang deras dan mencukupi. Janakuasa tenaga suria juga tidak mempunyai kesan pencemaran alam sekitar seperti janakuasa nuklear dan arang batu.
Suatu sifat tenaga suria yang tidak mungkin boleh ditandingi oleh mana-mana sumber tenaga lain termasuk petroleum dan arang batu adalah sifat kekasihnya. Tenaga suria akan terus wujud dan kekal selagi matahari terus wujud dan memancarkan cahayanya, sedangkan bekalan sumber tenaga lain seperti petroleum dan arang batu adalah terhad dan akan habis pada suatu ketika kelak.
Pemprosesan tenaga suria tidak semestinya menggunakan janakuasa yang besar yang menelan perbelanjaan yang banyak untuk pembinaan dan operasinya. Tenaga suria juga boleh diproses kepada tenaga elektrik menggunakan sistem sel suria dengan berkesan.
Suatu sektor industri yang patut meneroka sistem pemprosesan tenaga suria kecil adalah industri automotif. Industri automotif di negara-negara maju telahpun mengeluarkan kenderaan-kenderaan prototaip yang menggunakan sistem hibrid (hybrid) ataupun sistem 2 enjin, iaitu satu enjin konvensional dan satu enjin elektrik. Enjin konvensional digunakan untuk perjalanan jarak jauh yang memerlukan kelajuan, dan enjin elektrik digunakan di kawasan bandar yang memerlukan penjimatan tenaga.
Tenaga elektrik kenderaan hibrid dibekalkan oleh bateri yang dicaj oleh pergerakan kereta itu sendiri ketika ia menggunakan enjin konvensional. Di negara khatulistiwa seperti Malaysia, enjin elektrik ini boleh dicaj menggunakan sistem sel suria. Ini bermakna, sekiranya digunakan di Malaysia, kenderaan hibrid boleh dicaj ketika ia berhenti ataupun tidak digunakan, terutamanya ketika ia diletakkan di bawah kepanasan cahaya matahari.
Secara kebetulan, semua kenderaan buatan Malaysia adalah bersaiz kecil dan ringan. Oleh itu kenderaan ini amat sesuai digerakkan oleh enjin hibrid. Sebagai permulaan, kenderaan-kenderaan ini mungkin sesuai memasang aksesori seperti sistem pendingin kabin dan sistem pendingin enjin yang digerakkan secara automatik oleh sel suria apabila wujudnya cahaya matahari.
Sistem pendingin kabin berkuasa suria amat berguna kepada kereta yang diletakkan pada masa yang lama di bawah kepanasan cahaya matahari. Sistem ini aktif dengan sendirinya apabila sel suria menerima cahaya matahari dan menghidupkan kipas bagi mendinginkan udara di dalam kabin kereta. Dengan ini, apabila kereta berkenaan hendak digunakan, maka kabinnya tidaklah terlalu panas sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.
Sistem pendingin enjin berkuasa suria pula amat berguna kepada kereta yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dalam cuaca yang panas. Sistem ini aktif secara automatik dan merendahkan suhu enjin kereta tersebut. Dengan ini, sistem pendingin enjin dapat melancarkan dan melindungi enjin daripada masalah terlalu panas (overheated).
Suatu lagi faktor industri yang patut meneroka potensi tenaga suria adalah industri perumahan. Rumah-rumah yang dibina di Malaysia sesuai dilengkapkan dengan kemudahan pemprosesan tenaga suria kepada tenaga elektrik. Oleh kerana rumah merupakan struktur kekal (permanent structure), maka ia boleh dibina sedemikian rupa agar dapat mengumpul tenaga matahari untuk diproses bagi menghasilkan tenaga elektrik.
Malangnya pada hari ini, satu-satunya penggunaan tenaga suria di rumah yang popular adalah memanaskan air untuk kegunaan bilik air, sedangkan kegunaan air panas di bilik air adalah lebih sesuai di negara-negara yang beriklim sejuk, bukan beriklim panas seperti di Malaysia. Pemaju perumahan dan arkitek di Malaysia sepatutnya lebih kreatif menghasilkan dan menggunakan produk yang lebih sesuai seperti kipas angin ataupun pendingin udara yang dijanakan oleh tenaga suria.
Malaysia juga boleh meneroka potensi industri penjanaan tenaga suria di negara-negara Afrika utara dan Arab kerana negara-negara ini adalah negara-negara yang menerima jumlah cahaya matahari yang banyak dan mempunyai suhu permukaan yang amat tinggi sehingga 40 darjah celsius. Negara-negara Afrika utara dan Arab ini juga adalah negara-negara Islam yang memandang tinggi Malaysia sebagai negara Islam yang paling maju di segi pengurusan ekonomi dan teknologi.
Di samping suhu permukaan yang tinggi, kawasan-kawasan tertentu di Afrika utara dan Arab ini juga mempunyai langit yang tidak berawan. Oleh itu, kawasan-kawasan ini menerima cahaya matahari sepanjang masa pada waktu siang. Kawasan-kawasan inilah merupakan lokasi terbaik bagi pembinaan janakuasa tenaga suria secara terus.
Pada ketika ini negara-negara Afrika utara dan Arab memperolehi begitu banyak tenaga dan keuntungan ekonomi daripada petroleum. Mungkin sebahagian kecil daripada pemperolehan ini patut dilaburkan kepada industri penjanaan tenaga suria.
Tidak seperti petroleum yang akan habis pada suatu ketika nanti, tenaga suria tidak akan habis atau berkurangan selagi matahari masih terus wujud dan bersinar.
Kini telah wujud beberapa, kumpulan saintis dan jurutera di negara-negara maju yang menyelidik dan berusaha membangunkan sistem penjanaan tenaga suria di angkasa. Sistem ini akan menggunakan rangkaian satelit yang dilengkapkan dengan kemudahan mengumpul cahaya matahari. Satelit-satelit ini diletakkan di orbit mengelilingi bumi di atas garisan khatulistiwa kerana kawasan ini terletak paling hampir dengan matahari dan menerima paling banyak cahaya matahari.
Cahaya matahari yang dikumpul diproses dan dipancarkan dalam bentuk gelombang mikro kepada stesen-stesen yang terletak di muka bumi. Stesen-stesen ini juga akan dibina di kawasan khatulistiwa kerana lokasi ini merupakan lokasi yang paling hampir dengan satelit-satelit pengumpul cahaya matahari berkenaan. Jarak yang minimum ini amat penting kerana kuasa gelombang mikro akan hilang pada kadar yang tinggi sekiranya ia dipancarkan pada jarak yang jauh.
Stesen-stesen di kawasan khatulistiwa di muka bumi ini akan memproses gelombang mikro kepada tenaga elektrik untuk disalurkan kepada pengguna. Malaysia mungkin merupakan lokasi yang paling baik untuk operasi stesen tenaga suria ini kerana Malaysia bukan sekadar terletak di khatulistiwa, tetapi juga di kawasan yang mempunyai penduduk padat, pembangunan dan industri Asia Tenggara yang berpotensi tinggi sebagai pengguna.
Pihak-pihak tertentu di Malaysia mungkin patut bekerjasama dengan pihak saintis dan jurutera yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan sistem satelit penjana tenaga suria ini. Pihak berkenaan di Malaysia boleh melabur dalam projek ini dengan menyediakan stesen bagi menerima gelombang mikro dari satelit penjana tenaga suria dan menyalurkannya kepada pengguna secara komersial.
Organisasi penyelidikan, institut pengajian tinggi dan industri kejuruteraan dan tenaga di Malaysia patut aktif menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tenaga suria bagi menghasilkan dan memasarkan produk yang bersifat komersial. Produk-produk ini merupakan peralatan-peralatan elektrik berkuasa suria yang boleh digunakan dengan efektif di Malaysia dan negara-negara yang menerima banyak cahaya matahari.
Cahaya matahari yang ditukarkan kepada tenaga elektrik sendiri adalah suatu produk yang bernilai tinggi. Produk tenaga ini bukan sahaja boleh dipasarkan di pasaran tempatan, tetapi juga boleh dieksport ke negara jiran. Boleh dikatakan pada hari ini, cahaya matahari begitu banyak ``dibazirkan'' di Malaysia kerana kebanyakannya dihalang dan tidak ditukarkan kepada tenaga elektrik.
Penjanaan tenaga suria ataupun tenaga daripada matahari adalah salah satu daripada elemen ekonomi angkasa yang paling popular dan praktikal untuk dimajukan. Malaysia mempunyai beberapa kelebihan yang nyata dalam aktiviti ekonomi ini disebabkan faktor geografi dan ekonomi, teknologi dan politik. Tenaga suria sebenarnya merupakan suatu lagi potensi ekonomi angkasa Malaysia yang masih belum dipergunakan.
Sumber - Utusan
Jumaat, Jun 17, 2011
Tip Jimat Bateri Komputer Riba
KOMPUTER riba bukanlah gajet yang dianggap terlalu mewah pada hari ini. Jika dahulu penggunaannya terhad kepada golongan profesional atau setidaknya mereka yang telah bekerja, tetapi hari ini ia digunakan secara meluas termasuk golongan pelajar.
Faktor mobilitinya menyebabkan ia menjadi pilihan ramai. Sungguhpun begitu faktor bateri ada kalanya menyebabkan aktiviti dengan komputer mudah alih ini agak terhad. Langkah-langkah berikut dapat membantu memanjangkan nyawa bateri komputer anda.
Kebanyakan bateri komputer riba hari ini digerakkan oleh bateri lithium ion (li-ion). Bateri jenis ini lebih ringan, mempunyai nisbah kuasa dengan berat yang lebih baik, mampu menyimpan cas lebih lama, mempunyai jangka hayat dan tidak memberi kesan kepada ingatan komputer sekiranya ia menemui kegagalan pra-matang.
Kos pengeluaran bateri lithium ion ini juga lebih rendah berbanding bateri generasi sebelumnya – nickel metal hydride. Satu-satunya kekurangan pada bateri jenis lithium-ion ialah ia boleh menyebabkan litar pintas malah meletup sekiranya terlampau panas. Setiap bateri yang didatangkan dengan komputer riba mempunyai tempoh bekalan kuasa tertentu. Periksa tempoh bekalan kuasa yang tertera pada katalog sebelum membeli sesebuah komputer riba.
Anda boleh memilih pengunaan bateri yang optimum ialah dengan memadankan tetapan bateri selari dengan mod penjimatan kuasa pada komputer anda.
Tetapan ini akan meletakkan cakera keras pada mod tidur ketika beban tugasan berkurangan dan ini akan mengurangkan prestasi unit pemproses bagi memaksimumkan hayat bateri. Pilih longest battery life pada tetapan kuasa komputer anda.
Di sini, digariskan beberapa langkah-langkah penjimatan bateri yang boleh diamalkan. Semoga ia dapat memanjangkan lagi hayat cas bateri komputer riba kita. Maka, anda dapat menggunakan komputer riba dengan lebih lama!
Langkah penjimatan bateri
*** Sekiranya komputer tidak digunakan untuk satu tempoh yang agak panjang, letakkannya pada mod bersedia atau standby. Mod bersedia akan memastikan data semasa disimpan di dalam RAM dengan pengunaan kuasa yang minimum.
*** Menambahkan ingatan sementara atau RAM komputer anda akan menjimatkan kuasa bateri kerana ia akan mengurangkan pergantungan sistem operasi pada virtual memory swap pada cakera keras anda.
*** Tetapkan kecerahan skrin LCD anda serendah yang mungkin tetapi selesa pada mata anda. Semakin cerah paparan skrin, semakin banyak kuasa bateri yang digunakan.
*** Elakkan daripada mengecas bateri dan pada masa yang sama mengoperasikan komputer menggunakan adapter AC anda. Seboleh-bolehnya, cas ketika komputer tidak digunakan. Ini membolehkan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan sempurna tanpa gangguan.
*** Sekali-sekala bersihkan sambungan bateri (berwarna keemasan) bagi memastikan ia bebas daripada habuk. Anda boleh menggunakan sedikit alkohol dan lapkan dengan kain bagi mencuci bateri.
*** Nyahaktifkan fungsi atau ciri yang tidak digunakan pada komputer riba anda. Sebagai contoh, keluarkan disk optikal (CD/DVD) dari pemacunya apabila tidak digunakan. Pemacu CD/DVD akan cuba membaca media di dalamnya dan ini menggunakan kuasa bateri yang lebih.
*** Cabut kabel perkakasan tambahan seperti pencetak, pengimbas atau gajet digital lain daripada komputer anda kerana ia akan memakan bekalan kuasa walaupun ketika tidak digunakan.
*** Hentikan carian automatik wifi dan bluetooth anda apabila tidak diperlukan. Sekiranya anda tidak menggunakannya langsung, matikan semua fungsi ini dan sekali gus anda dapat membuat penjimatan kuasa yang lebih.
Sumber - KOSMO
10 Cara Memanjangkan Hayat Bateri Telefon bimbit
Setiap bateri yang boleh dicas semula mempunyai “kitar hayat pengecasan”nya. Masih belum ada lagi bateri yang memiliki hayat seumur hidup. Bermakna, setiap kali bateri habis dipakai dan di ulang cas (satu kali pengisian penuh), ia dikira sebagai 1 kali kitar hayat pengecasan.
Misalnya, kapasiti bateri anda adalah 1000 mAh (milli amph hours), maka 1 “kitar hayat pengecasan”nya perlu menghabiskan 1000 mAh juga. Bila cuma digunakan 500 mAh misalnya dan lalu diisi ulang kembali, maka setelah anda menghabiskan 500 mAh lagi, baru itu dianggap sebagai 1 kali “kitar hayat pengecasan”nya.
Setiap jenis bateri memiliki waktu “kitar hayat pengecasan”nya tersendiri. Biasanya sekitar 300 kitar hayat pengecasannya atau sekitar 2 – 3 tahun tempoh pemakaiannya. Namun kerana teknologi terus berkembang, begitulah juga teknologi bateri yang seiring berkembang. Terkini mungkin sudah mencapai sekitar 1000 kali kitar hayat pengecasan.
Tips memanjangkan hayat bateri telefon bimbit:
1. Jimat menggunakan bateri telefon bimbit dengan mematikan aplikasi yang jarang di gunakan.
Anda perlu tahu bahawa bateri telefon bimbit anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin banyak anda menggunakan kuasa bateri anda, maka semakin kerap anda perlu mengecas bateri berkenaan, bererti kitar hayat cas bateri telefon bimbit anda akan cepat habis. Untuk mengelakkan hal tersebut, anda perlu berjimat dengan mematikan aplikasi yang tidak atau jarang anda gunakan.
Ada beberapa features yang banyak menggunakan tenaga yang biasa terdapat dalam telefon bimbit canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sedar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan features tersebut jika ia tidak digunakan.
2. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas telefon bimbit anda.
Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna telefon bimbit. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas telefon bimbit juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.
3. Biasakan untuk mematikan telefon bimbit atau sekurang-kurangnya mematikan fungsi getaran ketika sedang mengecas.
Mematikan telefon bimbit ketika mengecas adalah tindakan yang bijak, tujuannya adalah untuk melancarkan proses pengecasan tanpa adanya gangguan dan tidak membebani bateri yang sedang di cas.
4. Jangan sesekali terlebih tempoh cas bateri.
Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering dilakukan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri telefon bimbit kita sudah penuh. Paling dahsyat, kita biasanya suka melakukan proses mengecas ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri moden biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2 – 3 jam, dan ini bukanlah baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.
5. Jangan menelefon dalam keadaan bergerak.
Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana telefon bimbit berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apatah lagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak.
6. Jangan letak telefon bimbit anda di tempat yang panas.
Suhu udara yang panas adalah musuh utama setiap komponen gajet/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuk juga bateri telefon bimbit. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, bermakna anda perlu bersedia untuk beli bateri baru.
7. Gunakan original charger.
Pengecas yang tulen direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri telefon bimbit tersebut. Pengecas telefon bimbit lain atau menggunakan pengecas yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.
8. Jangan sesekali biarkan telefon bimbit anda terjatuh
Mungkin hanya orang yang kurang waras atau duitnya banyak yang suka menjatuhkan telefon bimbit sendiri dengan sengaja. Lainlah kalau jatuhnya secara tidak sengaja, tetapi situasi inilah yang sering kita alami. Selain daripada mempengaruhi komponen yang lain, ketika jatuh bateri boleh saja mengalami litar pintas, dan bila keadaannya parah, bateri boleh saja rosak serta merta.
9. Elakkan cas telefon bimbit dalam kereta.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, arus daya yang tidak stabil dalam proses cas bateri boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang “cigarette lighter” sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.
10. Bersih itu asas kesihatan.
Pastikan bateri telefon bimbit anda sentiasa bersih daripada habuk dan bendasing yang tidak diingini..
Sumber - cetusanhati.com
Bateri Lithium bakal menjadi pengganti minyak pada tahun 2020
Laporan dari Sinolatin menyebut bahawa bahan lithium diperlukan 2 kali ganda pada tahun 2020. Bahan ini kebanyakannya sekarang didapati di negara Amerika Latin, seperti Argentina, Chili dan Bolivia. Ketiga-tiga negara tersebut memonopoli 75% pasaran lithium dunia. Ia adalah salah satu elemen padat yang paling ringan di dunia dan sangat reaktif jika bertindakbalas dengan logam perak.
Lithium ditemui pertama kali oleh ahli kimia Brazil. Jose Bonifacio de Andrade pada tahun 1800. 7 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1817, ia dapat dipecahkan menjadi lithium bersih oleh Johan August Arfwedson. Lithium telah lama dikaji di makmal, tetapi sekarang baru ia digunakan sebagai bahan bateri baru.
Mengapa bateri lithium lebih bagus
Lithium bukan saja lebih ringan, malah ia membuatkan saiz bateri menjadi lebih kecil. Dari segi kesan sampingan, bateri Lithium tidak memiliki kesan bahaya seperti bateri NiMH atau NiCD.
Kuasa pada bateri lithium hanya akan hilang sekitar 5% sebulan, berbeza dengan kuasa pada bateri NIMH dan NICD yang hilang sehingga 30% & 10% sebulan. Dengan menggunakan teknologi tertentu, kekuatan 5 gram lithium adalah bersamaan dengan 150 gram bateri biasa.
Dengan kelebihannya yang lebih padat dan ringan, tidak hairanlah, ia amat sesuai digunakan dalam kereta hybrid. Seperti Toyota, bateri NiMH telah digantikan dengan bateri lithium pada kereta Toyota Prius. Alasannya, bateri NiMH terlalu berat, tetapi kekuatan kuasanya hanya 50% daripada bateri lithium.
Sumber - www.CariGold.com
Jumaat, Jun 10, 2011
Skrin OLED : Tahan Diketuk Tukul Besi
Jika anda perasan, sudah banyak smartphone yang menggunakan teknologi OLED iaitu organic light-emitting diode yang nipis dan tahan lasak. OLED merupakan satu Diod pemancar cahaya (LED) dimana lapisan electroluminescent yang terdiri dari sebatian organik akan memancarkan cahaya apabila terdapat respons dari arus elektrik. Sebatian tersebut adalah semikonduktor organik.
OLED mempunyai ketahanan yang tinggi dan diketahui adalah fleksibel dan boleh di lenturkan tidak seperti skrin LCD (Liquid crystal display) yang boleh pecah jika dilenturkan. LCD juga boleh pecah jika dijatuhkan pada ketinggian yang lebih dari spesifikasi yang ditetapkan.
Beberapa ujian telah dijalankan oleh sesetengah pihak untuk menguji ketahanan sebenar skrin OLED ini. Ternyata ianya memang tahan dan tak lut diketuk tukul. Jika terdapat calar tu memang normal. Cuma disini nak dikatakan yang skrin OLED ini masih boleh berfungsi dengan jayanya walaupun diketuk tukul berkali-kali.
OLED juga lebih nipis dari LCD membolehkan komputer atau gajet yang lebih nipis dapat dihasilkan. Antara pengeluar gajet yang mula menggunakan OLED adalah Samsung yang telah meningkatkan keupayaan OLED dengan teknologi mereka yang dipanggil Super AMOLED. Selain itu juga, Motorola telah mengimpliment teknologi ini pada smartfon mereka. Tidak ketinggalan juga HTC, Sony Ericsson dan Nokia.
Sumber - selangor2u.com
OLED, AMOLED - Apa Yang Anda Tak Tahu
Apa itu OLED/AMOLED? Sebelum ni, bila kita pakai TV LCD, gambar atau video di keluarkan oleh skrin lcd dalam tv. Skrin ni perlu sumber cahaya dari belakang bagi memancarkan imej ke mata kita sebagai penonton. Contohnya nya, macam kita guna teropong yang ada filem gambar-gambar yang selalu kita guna masa kita kecik - kecik dulu. Ingat tak?
Bila datang teknologi LED (ada 2 jenis (full LED, edge LED), Sumber cahaya yang digunakan sebelum ni, ditukarkan dari lampu kepada LED. Ini membolehkan gambar lebih jelas sebab Led lebih fokus dan tak berkelip. Susunan LED pulak menentu jeni LED, kalau Full LED, maknanya LED disusun penuh dibelakang LCD. Kalau Edge LED, LED tersebut disusun hanya di sekeliling bingkai belakang skrin LCD. Kelebihan Full LED, bila dalam gambar yang dipaparkan ada kawasan gelap, LED area tu akan off memberi keadaan (true black).
Lepas tu, datang pulak OLED/AMOLED. Dua-dua nama ni adalah benda yang sama. Satu dari Sony, 1 dari Samsung. Apa kelebihan dia? Sebelum ni, skrin LCD perlukan sumber cahaya dari belakang untuk paparkan cahaya. Dengan OLED, skrin LCD tersebut ditukarkan dengan OLED. Apa itu OLED? Ianya adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh skrin diletakkan LED yang bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut signal yang diterima. So, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni.
Apa kelebihan OLED?
1) Lebih nipis (sebab tak perlu letak lampu atau LED kat belakang skrin)
2) Kontras image lebih tinggi
3) Boleh hasilkan true black (bila image paparkan warna hitam, OLED yang berkenaan dekat area tersebut akan hanya offkan cahaya dia.
4) Nipis hingga boleh lentur
5) Kurang guna tenaga (sebab tiada lampu/LED background)
Sumber - enhatta.blogspot.com
Honeycomb Hanya Untuk Tablet
Android 3.0 Honeycomb adalah OS terbaru dari android yang menawarkan ciri-ciri paparan menarik dan kelebihan dari segi fungsi yang lebih banyak berbanding dari Android 2.3 Gingerbread iaitu OS sebelumnya. Namun, pihak google ada memberitahu bahawa Android 3.0 dicipta hanya untuk tablet dan bukan untuk handphone.
Namun, kemungkinan untuk pihak ketiga menjadikan OS ini boleh digunakan oleh handphone masih ada. Tapi berbanding Android 2.3 Gingerbread yang merupakan sumber terbuka, Android 3.o bukan lagi sumber terbuka. Perkara ini membangkitkan sedikit isu di kalangan programmer.
Antara dua tablet yang menawarkan Android 3.0 buat masa ini adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Motorolla Xoom. Samsung Galaxy Tab 10.1 dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan tahun dengan jangkaan harga RM2600
Sumber - mohamadfaiz.com
Namun, kemungkinan untuk pihak ketiga menjadikan OS ini boleh digunakan oleh handphone masih ada. Tapi berbanding Android 2.3 Gingerbread yang merupakan sumber terbuka, Android 3.o bukan lagi sumber terbuka. Perkara ini membangkitkan sedikit isu di kalangan programmer.
Antara dua tablet yang menawarkan Android 3.0 buat masa ini adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Motorolla Xoom. Samsung Galaxy Tab 10.1 dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan tahun dengan jangkaan harga RM2600
Sumber - mohamadfaiz.com
10 Perkara Android Terbaik Dari IPhone
Android pertama menggunakan HTC Dream (yang juga dikenali sebagai G1) pada bulan Oktober tahun 2008, dianggap satu persaingan hebat terhadap “iPhone.” Walaupun tidak cukup untuk menandingi telefon pintar Apple, itu adalah langkah pertama dalam revolusi melawan kezaliman iPhone. Platform Android awal dikalahkan iPhone OS pada beberapa peringkat, tetapi tidak mempunyai beberapa fungsi utama yang dapat diberikan iPhone. Sejak itu, Android telah berkembang, tidak hanya memenuhi semua fungsi dari iPhone, tetapi terbaik hampir semua aspek dari senarai peranti tumbuh bagai cendawan di Android Marketplace. Berikut adalah senarai 10 perkara Android terbaik dari IPhone.
1. Android Membenarkan Lebih Daripada Satu Program Serentak (MultiTasking)
Bermula dengan versi 1.0, Android telah mampu menjalankan beberapa aplikasi pada masa yang sama tanpa peduli sama ada sistem aplikasi asal atau aplikasi daripada Android Marketplace. Versi dari iPhone menawarkan multitasking tetapi terhad, hanya membenarkan aplikasi asal seperti Mail, iPod dan Telefon untuk memproses di latar belakang. Pengguna Android mendapatkan keuntungan yang besar dari perbezaan ini, kerana mereka boleh menerima notis, mendengar muzik, atau bahkan menerima data GPS tanpa menganggu aplikasi yang sedang dibuka. Apple dijangkakan akan membuat multitasking untuk IPhone 4 tetapi masih jauh untuk lawan Android yang kini.
2. Android Menyimpan Data Di Halaman Utama
Salah satu ciri hebat Android adalah mempunyai paparan halaman utama untuk widget terus aktif di hujung jari anda, senang untuk diakses tanpa perlu menjalankan aplikasi lain terlebih dahulu. Contohnya pemain muzik, cuaca, feed di Facebook dan sebagainya. Sementara itu pengguna iPhone masih perlu mengerakkan senarai aplikasi mereka untuk mencari dan melancarkan aplikasi masing-masing.
3. Android Mempunyai Market Yang Terbaik (Android Marketplace)
Memang benar bahawa Apple App Store mempunyai lebih dari 180.000 aplikasi, sementara Android Market baru saja mempunyai 50.000 aplikasi namun pertumbuhan pesat Android dan pembangun aplikasi terbuka memberikan potensi besar untuk mengejar iPhone App Store. Android juga mempunyai kelebihan lain: pasaran aplikasi terbuka dan PERCUMA. Apple menerima kiriman sekitar 10.000 aplikasi setiap minggu, namun banyak aplikasi ditolak kerana mereka kelihatan terlalu mudah atau ditolak kerana aplikasi yang sama sudah ada.
4. Android Memberikan Anda Bar Peringatan Yang Baik (Notification Bar)
IPhone mempunyai beberapa masalah dengan bar notis. Kerana terdapat batasan pada notis pop-up, notis hanya dapat dilakukan satu per satu dan kerana kekurangan fungsi multitasking, aplikasi harus terbuka supaya aplikasi dapat membuat pemberitahuan. Android pula berbeza, mempunyai bar notis yang memaparkan ikon yang mudah bagi setiap notis anda telah menunggu. Notis bar juga boleh ditarik ke bawah untuk mendedahkan maklumat lebih lanjut tentang setiap notis. Android juga membenarkan pembangun aplikasi untuk membuat butiran notis dilihat daripada paparan kunci, sedangkan iPhone hanya boleh membenarkan dengan aplikasi asal sahaja.
5. Android Mempunyai Pelbagai Jenis Telefon
Pengguna Apple digalakkan untuk “Think Different” dengan pakejnya yang tidak mempunyai banyak pilihan. Anda hanya boleh memilih warna, hitam atau putih sahaja dan anda boleh memilih di antara 16GB atau versi 32GB yang lebih mahal. Selain itu, anda terhad dengan 3,5 inci, 320×480 pixel, 256MB RAM, dan prosesor 600MHz. Disebabkan Android adalah platform terbuka, pengeluar mempunyai kebebasan untuk menggunakan Android dengan peranti yang mereka inginkan, seperti Nexus Satu (dengan 3,7 inci, 480×800 pixel paparan, 512MB RAM, dan prosesor 1GHZ Snapdragon) atau HTC, Motorola, Sony Ericsson yang mempunyai fizikal dan spefikasi yang berbeza dan juga harga. Jelas, pilihan yang tersedia akan berubah-ubah oleh penjual telefon pintar.
6. Android Bebas Memilih Perkhidmatan Talian
IPhone kebanyakkannya dibawa masuk oleh penyedia perkhidmatan talian seperti Maxis dan Digi. Untuk pengetahuan anda, mereka ini akan kunci sim anda supaya hanya boleh dimasukkan sim yang menjual IPhone tersebut. Anda tidak bebas untuk memilih perkhidmatan talian yang ada. Android membenarkan anda untuk semua ini. Janji yang terbaik untuk anda.
7. Android Membenarkan Anda Install Rom Lain (Skrin Recovery)
IPhone Jailbroken hanya untuk sesetengah fungsi tambahan, seperti memasang aplikasi yang tidak terdapat di App Store, namun keseluruhan masih sama. Anda masih terjebak dengan antara muka yang sama. Serupa dengan fungsi Jailbreaking, Android mempunyai komuniti kecil yang kini kian berkembang didedikasikan untuk membina ROM peribadi untuk peranti Android. Tidak hanya membawa Custom ROM seperti Jailbreaking tetapi mereka juga boleh membawa tahap keperibadian tambahan ke telefon anda. Ada ROM menggunakan port khusus dari satu peranti ke peranti yang lain. Custom ROM juga boleh mengoptimumkan kemudahan untuk kelajuan. Dengan Android, tidak ada yang di luar liputan.
8. Android Membenarkan Menukar Tetapan Terpantas (Widget)
Telefon pintar mempunyai beberapa fungsi seperti Wi-Fi, GPS, 4G, Bluetooth, dan lain-lain. Fungsi-fungsi tersebut menyebabkan tenaga bateri lebih cepat habis. Dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan bateri, pengguna perlu dibawa ke tetapan sistem seperti on/off Wi-Fi atau 3G hanya pada saat diperlukan. pengguna iPhone perlu mengakses ke dalam tatacara sistem setiap kali mereka hendak menggunakan internet atau peranti Bluetooth. Android membolehkan anda menggunakan widget untuk menguruskan tatacara anda terus dari skrin halaman utama dan dapat menggunakan dedikasi widget untuk fungsi tersebut, anda juga boleh membuat pintasan pada paparan utama untuk membawa anda terus ke tetapan yang akan diubah.
9. Android Siap Terpasang Aplikasi Google Dan Rangkaian Sosial
Dengan Smartphone yang memberi anda sambungan data yang konsisten, perkara biasa yang menjadi sebahagian besar kehidupan anda bergerak di atas talian. Anda mempunyai emel untuk mesej anda, Flickr untuk foto anda, Google Docs untuk dokumen-dokumen anda, dan Facebook dan Twitter untuk kehidupan sosial anda. Android menawarkan kemampuan untuk mengintegrasikan semua ini. Akaun Gmail secara automatik dimuat turun email ke telefon anda. Foto yang diambil dengan telefon anda dapat dimuat naik secara automatik ke Flickr. Bahkan telefon anda dapat dihubungkan ke akaun Facebook anda dan boleh sync kenalan telefon anda dengan rakan-rakan anda di Facebook yang penuh dengan gambar profil, alamat emel, dan nombor telefon. iPhone boleh melakukan hal ini hanya melalui penggunaan aplikasi pihak ketiga.
10. Android Bergantung Pada Budget Anda
Senang kata anda boleh memiliki Android dengan bajet yang anda ada, di Malaysia dari RM799 dan ke atas anda boleh memiliki sebuah telefon pintar yang menggunakan android sebagai sistem operasi. Jika dibandingkan dengan harga IPhone, pada harga yang sama anda boleh memiliki telefon pintar Android yang paling canggih dengan cpu yang berkuasa tinggi dan sebagainya.
Sumber - www.aidareez.com
1. Android Membenarkan Lebih Daripada Satu Program Serentak (MultiTasking)
Bermula dengan versi 1.0, Android telah mampu menjalankan beberapa aplikasi pada masa yang sama tanpa peduli sama ada sistem aplikasi asal atau aplikasi daripada Android Marketplace. Versi dari iPhone menawarkan multitasking tetapi terhad, hanya membenarkan aplikasi asal seperti Mail, iPod dan Telefon untuk memproses di latar belakang. Pengguna Android mendapatkan keuntungan yang besar dari perbezaan ini, kerana mereka boleh menerima notis, mendengar muzik, atau bahkan menerima data GPS tanpa menganggu aplikasi yang sedang dibuka. Apple dijangkakan akan membuat multitasking untuk IPhone 4 tetapi masih jauh untuk lawan Android yang kini.
2. Android Menyimpan Data Di Halaman Utama
Salah satu ciri hebat Android adalah mempunyai paparan halaman utama untuk widget terus aktif di hujung jari anda, senang untuk diakses tanpa perlu menjalankan aplikasi lain terlebih dahulu. Contohnya pemain muzik, cuaca, feed di Facebook dan sebagainya. Sementara itu pengguna iPhone masih perlu mengerakkan senarai aplikasi mereka untuk mencari dan melancarkan aplikasi masing-masing.
3. Android Mempunyai Market Yang Terbaik (Android Marketplace)
Memang benar bahawa Apple App Store mempunyai lebih dari 180.000 aplikasi, sementara Android Market baru saja mempunyai 50.000 aplikasi namun pertumbuhan pesat Android dan pembangun aplikasi terbuka memberikan potensi besar untuk mengejar iPhone App Store. Android juga mempunyai kelebihan lain: pasaran aplikasi terbuka dan PERCUMA. Apple menerima kiriman sekitar 10.000 aplikasi setiap minggu, namun banyak aplikasi ditolak kerana mereka kelihatan terlalu mudah atau ditolak kerana aplikasi yang sama sudah ada.
4. Android Memberikan Anda Bar Peringatan Yang Baik (Notification Bar)
IPhone mempunyai beberapa masalah dengan bar notis. Kerana terdapat batasan pada notis pop-up, notis hanya dapat dilakukan satu per satu dan kerana kekurangan fungsi multitasking, aplikasi harus terbuka supaya aplikasi dapat membuat pemberitahuan. Android pula berbeza, mempunyai bar notis yang memaparkan ikon yang mudah bagi setiap notis anda telah menunggu. Notis bar juga boleh ditarik ke bawah untuk mendedahkan maklumat lebih lanjut tentang setiap notis. Android juga membenarkan pembangun aplikasi untuk membuat butiran notis dilihat daripada paparan kunci, sedangkan iPhone hanya boleh membenarkan dengan aplikasi asal sahaja.
5. Android Mempunyai Pelbagai Jenis Telefon
Pengguna Apple digalakkan untuk “Think Different” dengan pakejnya yang tidak mempunyai banyak pilihan. Anda hanya boleh memilih warna, hitam atau putih sahaja dan anda boleh memilih di antara 16GB atau versi 32GB yang lebih mahal. Selain itu, anda terhad dengan 3,5 inci, 320×480 pixel, 256MB RAM, dan prosesor 600MHz. Disebabkan Android adalah platform terbuka, pengeluar mempunyai kebebasan untuk menggunakan Android dengan peranti yang mereka inginkan, seperti Nexus Satu (dengan 3,7 inci, 480×800 pixel paparan, 512MB RAM, dan prosesor 1GHZ Snapdragon) atau HTC, Motorola, Sony Ericsson yang mempunyai fizikal dan spefikasi yang berbeza dan juga harga. Jelas, pilihan yang tersedia akan berubah-ubah oleh penjual telefon pintar.
6. Android Bebas Memilih Perkhidmatan Talian
IPhone kebanyakkannya dibawa masuk oleh penyedia perkhidmatan talian seperti Maxis dan Digi. Untuk pengetahuan anda, mereka ini akan kunci sim anda supaya hanya boleh dimasukkan sim yang menjual IPhone tersebut. Anda tidak bebas untuk memilih perkhidmatan talian yang ada. Android membenarkan anda untuk semua ini. Janji yang terbaik untuk anda.
7. Android Membenarkan Anda Install Rom Lain (Skrin Recovery)
IPhone Jailbroken hanya untuk sesetengah fungsi tambahan, seperti memasang aplikasi yang tidak terdapat di App Store, namun keseluruhan masih sama. Anda masih terjebak dengan antara muka yang sama. Serupa dengan fungsi Jailbreaking, Android mempunyai komuniti kecil yang kini kian berkembang didedikasikan untuk membina ROM peribadi untuk peranti Android. Tidak hanya membawa Custom ROM seperti Jailbreaking tetapi mereka juga boleh membawa tahap keperibadian tambahan ke telefon anda. Ada ROM menggunakan port khusus dari satu peranti ke peranti yang lain. Custom ROM juga boleh mengoptimumkan kemudahan untuk kelajuan. Dengan Android, tidak ada yang di luar liputan.
8. Android Membenarkan Menukar Tetapan Terpantas (Widget)
Telefon pintar mempunyai beberapa fungsi seperti Wi-Fi, GPS, 4G, Bluetooth, dan lain-lain. Fungsi-fungsi tersebut menyebabkan tenaga bateri lebih cepat habis. Dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan bateri, pengguna perlu dibawa ke tetapan sistem seperti on/off Wi-Fi atau 3G hanya pada saat diperlukan. pengguna iPhone perlu mengakses ke dalam tatacara sistem setiap kali mereka hendak menggunakan internet atau peranti Bluetooth. Android membolehkan anda menggunakan widget untuk menguruskan tatacara anda terus dari skrin halaman utama dan dapat menggunakan dedikasi widget untuk fungsi tersebut, anda juga boleh membuat pintasan pada paparan utama untuk membawa anda terus ke tetapan yang akan diubah.
9. Android Siap Terpasang Aplikasi Google Dan Rangkaian Sosial
Dengan Smartphone yang memberi anda sambungan data yang konsisten, perkara biasa yang menjadi sebahagian besar kehidupan anda bergerak di atas talian. Anda mempunyai emel untuk mesej anda, Flickr untuk foto anda, Google Docs untuk dokumen-dokumen anda, dan Facebook dan Twitter untuk kehidupan sosial anda. Android menawarkan kemampuan untuk mengintegrasikan semua ini. Akaun Gmail secara automatik dimuat turun email ke telefon anda. Foto yang diambil dengan telefon anda dapat dimuat naik secara automatik ke Flickr. Bahkan telefon anda dapat dihubungkan ke akaun Facebook anda dan boleh sync kenalan telefon anda dengan rakan-rakan anda di Facebook yang penuh dengan gambar profil, alamat emel, dan nombor telefon. iPhone boleh melakukan hal ini hanya melalui penggunaan aplikasi pihak ketiga.
10. Android Bergantung Pada Budget Anda
Senang kata anda boleh memiliki Android dengan bajet yang anda ada, di Malaysia dari RM799 dan ke atas anda boleh memiliki sebuah telefon pintar yang menggunakan android sebagai sistem operasi. Jika dibandingkan dengan harga IPhone, pada harga yang sama anda boleh memiliki telefon pintar Android yang paling canggih dengan cpu yang berkuasa tinggi dan sebagainya.
Sumber - www.aidareez.com
Langgan:
Catatan (Atom)