Ahad, Jun 05, 2011

Cahaya LED Boleh Meningkatkan Produktiviti Tanaman

TAHUKAH anda, cahaya lampu LED (Light Emitting Diode) pada laptop atau telefon bimbit anda boleh meningkatkan produktiviti tomato, mawar, dan kalanchoe? Buktinya ada di Belanda. Cahaya boleh meningkatkan produktiviti
Di Negara Kincir Angin ini, tomato yang ditanam di rumah hijau memerlukan cahaya tambahan untuk meningkatkan fotosintesis secara optimum. Dekker Glascultures BV, pengeluar tomato di Wervershoof, yang menggabungkan penggunaan lampu high pressure sodium (HPS / SONT) dan LED dengan jumlah sama. Hasilnya pengeluaran tomato dalam rumah hijau seluas 700 meter persegi meningkat sebanyak 15% berbanding hanya memakai HPS. Ini menunjukkan cahaya lampu LED sesuai untuk tanaman berfotosintesis.

Menurut Ir. Hapsiati, pakar kultur rangkaian alumni Jurusan Biologi Institut Pertanian Bogor, hanya cahaya biru dan merah yang berkesan digunakan tanaman untuk fotosintesis. Dekker bekerjasama dengan Philips Lighting, pengilang lampu, menggunakan lampu LED dengan perbandingan spektrum cahaya merah dan biru 90:10.

Penyelidikan oleh Lemnis Lighting BV, pengeluar lampu di Belanda, pada tanaman mawar pun memperoleh hal menakjubkan. "Dengan menggunakan lampu LED 95% merah dan 5% biru, pengeluaran mawar dalam rumah hijau lebih tinggi 15% berbanding hanya menggunakan SONT," ujar Jeroen van Velzen, director for greenhouse lighting Lemnis Lighting BV.

Menurut Dr. Djoko Triyono, pensyarah di Fakulti Fizik, Universiti Indonesia, Depok, Jawa Barat, LED adalah bahan semikonduktor yang memancarkan cahaya monokromatik dengan kadar frekuensi atau panjang gelombang yang sangat sempit. Maksudnya, cahaya yang dipancarkan terlihat hanya satu warna, kecuali LED warna putih yang bersifat polikromatik.

Berbeza dengan lampu pijar yang bersifat polikromatik dengan memancarkan banyak warna dengan pelbagai panjang gelombang seperti LED putih. LED putih+ adalah gabungan daripada cahaya nampak (warna pelangi yang boleh dilihat oleh mata manusia) dengan panjang gelombang 380 - 750 nm.

“Warna LED yang dipancarkan mudah dihasilkan bergantung kepada bahan yang digunakan," kata Dr. Sastera Kusumawijaya, pensyarah Instrumentasi Jabatan Fizik, Fakulti MIPA UI. Misalnya aluminium galium (AlGaAs) atau AlGaP memancarkan cahaya merah dan inframerah; zinc selenida (ZnSe) atau SiC biru dan galium fosfida (GAP) hijau.

Kejuruteraan warna membuatkan lampu LED tampil dengan lebih intraktif berbanding lampu pijar dan TL. Kerana itulah, LED banyak digunakan pada lampu papan iklan atau lampu hias pada kereta dan motorsikal. Di Singapura, 98% lampu lalu lintasnya menggunakan LED. Jika kejuruteraan cahaya LED (cahaya biru dan merah) digunakan dalam bidang tanaman, hasilnya seperti pada tomato dan mawar tadi: produktiviti lebih tinggi kerana proses fotosintesis secara optimum.

Modifikasi cahaya seperti itu juga boleh dilakukan dengan menggunakan plastik filem berwarna. Warna plastik memberi kesan pada gelombang cahaya yang diteruskan. "Misalnya plastik berwarna biru dan hijau meneruskan sebahagian besar cahaya dengan gelombang cahaya biru dan hijau, sementara cahaya merah diserap," kata Djoko.

Plastik biru membuatkan pertumbuhan tanaman lambat, tetapi batangnya akan menjadi lebih pendek dan tebal. Plastik hijau menyebabkan tanaman tumbuh lambat dan merana. Menurut Ir. Yos Sutiyoso, pakar tanaman hias di Jakarta, plastik merah banyak digunakan pekebun di Amerika Selatan. "Thailand juga mulai mengembangkan penggunaan plastik berwarna dalam bidang tanaman," kata Kasem Othman, pekebun buah di Lampung.

Lampu LED sangat sedikit mengeluarkan kepanasan sehingga boleh diletakkan berhampiran tanaman. Lampu pijar biasa mestilah diletak melebihi 62.5 cm daripada daun supaya daun tidak terbakar. Menurut Jaco Dijkshoorn, pengarah BVB substrates, di negara subtropika lazimnya memerlukan jarak sehingga 5 m.
Akibatnya, "Pada penanaman kalanchoe dan anggerik - yang batangnya pendek - banyak ruangan kosong yang tidak dimanfaatkan. Dengan lampu LED, kalanchoe dan anggerik boleh ditanam secara bertingkat. Produktiviti menjadi berlipat kali ganda dengan keluasan yang sama," ujar Henk van Staalduinen, pakar tanaman hias asal Belanda.

Kelebihan lain, "LED jimat tenaga," kata Ramon van der Hilst, penyelidik di Lemnis Lighting BV. Menurut Sastera, untuk menghidupkan lampu pijar memerlukan tenaga yang jauh lebih tinggi berbanding LED kerana terdapatnya filamen. Filamen yang dialiri arus elektrik akan menjadi panas dan memancarkan cahaya. Ia melepaskan foton-foton cahaya inframerah. Hanya sekitar 10% foton cahaya yang dihasilkan berada dalam spektrum cahaya tampak.

Sebaliknya lampu LED memancarkan cahaya dari pergerakan elektron dan hole di dalam bahan semikonduktor yang mana pergerakan tegangan secara relatifnya adalah kecil. "Dengan sedikit tenaga LED pun sudah boleh menghasilkan cahaya," kata Sastera. Menurut perkiraannya, sekitar 150 LED berwarna putih dengan 308 lumen hanya memerlukan kuasa 9,2 watt. Ia seperti lampu biasa 70 watt. Jika setiap Kwh perlu membayar RM0.01, untuk pengguna 1,000 jam lampu LED, jumlahnya hanyalah RM10. Sedangkan lampu biasa 70 watt selama 1,000 jam harus membayar RM76.

Ini menjadi berita gembira bagi pekebun. Menurut Ir. Yoyo Sulyo, MS, penyelidik di Balai Penelitian Tanaman Hias (Balithi), Segunung, Cianjur, Jawa Barat, biasanya pekebun memberikan cahaya tambahan dengan menyalakan lampu selepas jam 7 malam selama 4 jam. "Kos lampu adalah sekitar 10% dari jumlah keseluruhan bayaran operasi," kata yiyin Nasihin, SP, di bahagian budi daya krisan Balithi. Dengan penggunaan LED kos operasi boleh dikurangkan.

Menurut Sastera, kerana LED tanpa filamen, lampu LED juga tahan lama kerana tidak mempunyai filamen yang dipanaskan. Ketahanannya boleh mencapai sehingga 60 kali lebih lama berbanding lampu pijar, dan 10 kali lebih lama berbanding lampu neon. Yang paling istimewanya, tiada gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan oleh lampu LED sehingga dianggap sebagai lampu mesra alam.

Penggunaan LED pada tanaman mula diperkenalkan di Belanda pada 2004 oleh syarikat perundingan teknik Belanda KEMA. Ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang tinggi dalam pertanian terutama pada musim sejuk. Sejak itu banyak penyelidik merancang mempelbagaikan model pemasangan lampu LED untuk digunakan di rumah hijau.

Pada Hortifair 2009, Trubus menjumpai ada empat syarikat yang menawarkan penggunaan cahaya LED dalam bidang pertanian. Ia adalah Philips, Lemnis Lighting, Nano Bio Light Technology Co., Ltd., dan Beijing IEDA Protected Horticultura Co., Ltd.


Sumber - www.caplampung.com

0 ulasan:

Catat Ulasan