Apa itu Growing Lamp ?
Growing lamp adalah lampu yang digunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman. Tanaman memerlukan cahaya agar dapat melakukan fotosintesis dengan baik. Panjang gelombang cahaya yang dapat diserap oleh tanaman secara optimal adalah 430nm - 662nanometer (nm). Warna cahaya yang berada dalam jangkauan tersebut adalah biru dan merah. Warna merah berguna untuk membantu pertumbuhan bunga, buah. Warna biru berguna untuk membantu pertumbuhan vegetatif, daun & batang tanaman.
Mengapa lampu ini berguna ?
Walaupun di Malaysia cahaya matahari berlimpah, tapi tidak semua lokasi mendapat cahaya matahari yang cukup, kerana mungkin saja ada lokasi yang terhalang oleh bangunan tinggi, pohon tinggi, dll sehingga cahaya matahari tidak dapat menyinari sepenuhnya.
Ada juga sebahagian daripada kita yang memelihara tanaman di dalam ruangan yang tidak terjangkau oleh cahaya matahari, ataupun lokasi yang hanya mendapatkan cahaya matahari hanya sebentar saja.
Dengan lampu ini, keperluan tanaman terhadap cahaya dapat dipenuhi dan juga boleh digunakan untuk memperpanjangkan waktu pencahayaan agar waktu fotosintesis tanaman lebih panjang, sehingga tanaman dapat tumbuh lebih optimal.
Kelebihan LED dalam penanaman pokok di dalam rumah
Banyak orang yang telah menanam di dalam rumah selama bertahun-tahun menggunakan lampu intensiti tinggi (HID: high-intensity light) dan tidak mempunyai keinginan untuk beralih ke LED.
Tapi bagi permulaan, lampu tumbuh LED akan menjadi salah satu pilihan paling mudah dan ekonomi.
Lampu LED ideal digunakan untuk tanaman yang baru tumbuh. Lampu yang mempunyai spektrum warna biru merupakan pilihan sempurna untuk digunakan pada tanaman yang masih dalam fasa pertumbuhan.
Spektrum warna yang berbeza boleh dipilih bergantung kepada fasa tumbuh, jenis tanaman, dan berbagai faktor lain.
Tidak semua jenis lampu mempunyai spektrum warna berbeza seperti yang dimiliki lampu LED. Lampu LED menyediakan fleksibiliti pilihan spektrum yang amat sesuai bagi permulaan.
LED tidak menyebabkan suhu bilik menjadi terlalu panas. Hal ini tentu bagus bagi kesihatan tanaman.
Kelebihan ini tidak dimiliki oleh lampu HID, misalnya. Lampu HID boleh membuat udara dan tanah di sekitar tanaman kering kerana suhu yang dihasilkannya.
Disebabkan ini, kerja tambahan diperlukan untuk menjaga udara supaya tetap lembab dan tidak terlalu kering.
Lampu tumbuh LED juga memerlukan kos yang lebih rendah berbanding jenis lampu yang lain. Ini disebabkan LED memerlukan sedikit tenaga berbanding lampu pijar atau neon.
Sumber - www.kaskus.us
0 ulasan:
Catat Ulasan