Android adalah sistem operasi untuk peranti mudah alih seperti telefon bimbit, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).
Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mudah alih.
Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.
Android mempunyai komuniti besar penulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muaturun percuma!!!
Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti.. 1.1 (9 February 2009),
1.5 – cupcake (30 Apr 2009)
1.6 – donut (15 Sept 2009)
2.1 – eclair (26 Oct 2009)
2.2 – froyo (20 May 2010)
2.3 – gingerbread (6 Dec 2010)
3.0 – Honeycomb (22 Feb 2011)
dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.
Sumber – Wikipedia.org
0 ulasan:
Catat Ulasan