Sonar @Fish Finder
Perkataan sonar adalah singkatan daripada “SOund, NAvigation, Ranging” . Pada asalnya, ia dicipta untuk menjejak kedudukan kapal selam pihak musuh semasa Perang Dunia Ke-2. Satu sistem peralatan sonar yang berfungsi memerlukan “Transmitter” , “Transducer”, “Receiver” dan “Display”.
Secara asasnya, tenaga elektrik akan di hasilkan oleh Transmitter dan di tukarkan kepada gelombang bunyi oleh Transducer yang kemudiannya di sebarkan ke dalam air. Apabila gelombang bunyi tersebut bertembung dengan objek , ianya akan memantul balik. Pantulan gelombang tersebut akan diterima semula oleh Transducer. Transducer pula akan menukarkan semula gelombang bunyi tersebut kepada tenaga elektrik.
Receiver akan menggandakan tenaga elektrik tersebut sebelum isyaratnya di hantar ke skrin pemapar (Display). Disebabkan pergerakan gelombang bunyi di dalam air mempunyai halaju yang tetap, kitaran di antara transmisi isyarat dan pantulan gelombang dapat dikira dan jarak sesuatu objek dapat dikenal pasti. Proses ini akan berlaku berulang kali setiap saat.
Di pasaran, kebanyakan transducer yang di jual menghasilkan frekuensi bunyi antara 50kHz sehingga 200kHz. Walaupun frekuensi tersebut berada di dalam lingkungan spektrum bunyi, ianya tidak dapat dikesan oleh sistem penderiaan manusia mahupun ikan. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang sonar akan menakutkan ikan.
Ciri2 sistem sonar yang mampu memberi persembahan yang baik
(Total System Performance)
Sonar yang bagus mempunyai ciri2 yang berikut.
Transmitter yang berkuasa tinggi.
Kuasa transmitter yang tinggi dapat meningkatkan peluang tindak balas gelombang bunyi di kesan di kawasan yang dalam ataupun dalam keadaan air yang keruh (poor water condition). Kuasa yang dihasilkan di ukur dalam unit watt.
Transducer yang efisien.
Transducer ibarat jantung kepada sistem sonar. Ia mestilah berkemampuan menanggung arus yang di alirkan oleh Transmitter. Contohnya, transmitter yang mempunyai kuasa 4000 watt mesti dipasangkan dengan transducer yang kapasiti yang sama. Ia juga mesti menukarkan arus elektrik kepada gelombang bunyi dengan kadar kehilangan kekuatan isyarat seminimum yang mungkin disamping berkebolehan mengenalpasti pantulan gelombang yang lemah dari kawasan yang dalam ataupun ikan kecil.
Receiver yang sensitive
Ia pula bertindak seperti otak memproses signal yang diterima kepada jenis-jenis yang tertentu. Isyarat gelombang yang tinggi akan diserap manakala isyarat yang gelombang yang rendah akan ditingkatkan tenaganya sebelum imej paparan skrin di hasilkan.
Skrin pemapar yang mempunyai resolusi / kontras tinggi
Diukur dalam pixels, skrin yang baik dapat memaparkan imej dan butiran yang lebih terperinci dan membolehkan pengguna mengenalpasti ikan, struktur dan sebagainya.
Frekuensi
Kebanyakkan sonar yang ada di pasaran mempunyai frekuensi 50kHz dan 200 kHz (kilohertz). Setiap satu mempunyai kebaikannya tersendiri.
192 @ 200 kHz
* Beroperasi di kawasan yang kurang dalam.
* Transducer mempunyai sudut yang kon yang sempit. Oleh itu kawasan liputannya tidak luas.
* Definisi objek dan target lebih baik.
* Kurang “gangguan” (noise) dalam menghasilkan imej skrin.
50 kHz
* Beroperasi di kawasan yang dalam khususnya perairan laut dalam
* Transducer mempunyai sudut yang kon yang lebar. Oleh itu kawasan liputannya lebih luas.
* Definisi objek kurang baik
* Kesan “gangguan” (noise) lebih tinggi dalam menghasilkan imej skrin.
Transducer
Secara fizikalnya, ia ibarat antena kepada sesuatu sistem sonar. Ia menghantar dan menerima isyarat gelombang yang dihasilkan. Frekuensi transducer mestilah sama dengan frekuensi unit sonar. Ini bermakna, kita tidak boleh memadankan transducer berfrekuensi 50kHz dengan unit sonar yang berfrekuensi 200 kHz. Lazimnya di pasaran, terdapat sonar mempunyai frekuensi 50kHz, 200kHz ataupun dwi frekuensi iaitu 50 dan 200 kHz dalam satu unit.
Sudut Kon Tranducer
Gelombang isyarat bunyi yang dihantar transducer dalam bentuk kon. Paling kuat di hasilkan di bahagian tengah kawasan kon dan semakin bekurangan menjauhi garisan tengah kon tersebut. Terdapat pelbagai pilihan di pasaran. Kon bersudut besar dapat membuat liputan yang lebih luas akan tetapi kebolehan membaca isyarat yang dihantar di kawasan yang dalam akan terjejas. Begitu sebaliknya berlaku kepada kon yang bersudut kecil.
Pembeli sonar berfrekuensi tinggi (197 - 200 kHz) mempunyai pilihan sama ada kon bersudut besar dan kecil. Secara asasnya, kon bersudut besar sesuai untuk kawasan air tawar dan bagi air masin pula untuk kon yang bersudut kecil. Manakala sonar berfrekuensi rendah (50 kHz), saiz kon adalah di antara 30 – 45 darjah. Sensitiviti kon juga boleh diubahsuai dengan menala tahap sensitiviti receiver sistem sonar.
Di pasaran terdapat sistem sonar yang mempunyai sistem dwi transducer. iaitu tinggi dan rendah dan setiap mode boleh ditukar.
Bentuk dan Pilihan
Sumber - www.kurauking.com
0 ulasan:
Catat Ulasan