KUALA LUMPUR, 21 Mac -- Kerajaan akan melaksanakan dasar menghentikan penggunaan lampu pijar yang tidak jimat tenaga dalam tempoh tiga tahun, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon.
Katanya pelaksanaan dasar itu akan dilakukan secara berperingkat dalam dua fasa iaitu fasa pertama dari tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini dan fasa kedua dari 1 Jan 2012 hingga 31 Dis 2013.
"Bagi fasa pertama kerajaan akan menghentikan secara berperingkat penjualan dan pengimportan lampu pijar bagi spesifikasi 100 watt dalam tempoh setahun iaitu dari 1 Jan 2011 hingga 31 Dis 2011.
"Bagi fasa kedua kerajaan akan menghentikan pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu tersebut dalam masa dua tahun selepas pelaksanaan fasa pertama dasar tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari Isnin.
Katanya dasar ini adalah bagi meningkatkan kecekappenggunaan tenaga di kalangan pengguna dengan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu Compact Fluorescent Lamp (CFL), lampu tiub T5 dan lampu Light Emitting Diode (LED).
--BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan