Jumaat, Jun 10, 2011

Apa kelebihan Android?



1. Skrin sesentuh yang lebih sensitif.

Jika anda pengguna telefon skrin sentuh, selain Android, anda mungkin mengalami masalah dengan skrin sentuhnya yang kurang sensitif dan agak susah terutamanya untuk orang yang berjari besar. Tetapi dengan Android, ia memberikan kelainan kepada pengguna dengan kecekapan sesentuhnya yang lebih sensitif dan peka kepada jari/kulit kita.

2. Kemudahan muat turun permainan dan aplikasi.

Dengan Android, anda boleh memuat turun beribu-ribu aplikasi dan games di Android Market dengan Percuma!! Mudah dan senang. Jadi, anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi setiap hari tanpa memikirkan kewangan anda.

3. Internet yang laju.

Satu lagi kelebihan Android, anda boleh mengakses internet tanpa sebarang gangguan kerana kelajuannya sama seperti anda melayari internet menggunakan laptop anda. Tak percaya? cubalah sendiri berbanding dengan menggunakan telefon biasa, anda pasti mengaguminya.




4. Rangkaian Sosial di hujung jari.

Facebook, twitter, tagged, dan lain-lain..semua itu anda boleh bersosial menggunakan Android. Tap ikon di skrin telefon anda dan terus boleh guna..senang!


5. Kelainan yang nyata.

Kalau sebelum ni anda menggunakan telefon QWERTY, atau telefon slide dan sebagainya, apa kata anda cuba telefon Android yang memberikan kelainan dengan menawarkan skrin sentuh kepada anda. Jangan membuat spekulasi yang telefon skrin sentuh leceh sehingga anda mencubanya sendiri…ingat telefon skrin sentuh biasa dengan Android amat berbeza!!



Sumber - www.budumasin.com

0 ulasan:

Catat Ulasan