Rabu, Jun 08, 2011

Memahami kemudahan GPS (Global Positioning System)

Global Positioning System merupakan kemudahan teknologi yang membolehkan seseorang itu mengetahui lokasi dimana mereka berada dimana sahaja diatas mukabumi.

Kemudahan GPS disokong oleh prasaran yang kompleks namun ianya boleh digunakan secara percuma. Jika tv satelit memerlukan satu satelite untuk sistem beroperasi, sistem GPS menggunakan 24 satelite untuk ianya beroperasi dengan sempurna dimana sahaja diatas mukabumi ini.

Sistem GPS berbeza dengan kompas dimana, ianya bukan sahaja boleh menunjukkan dimana arah utara, tetapi ianya boleh menyatakan lokasi seseorang dengan tepat sehingga ke sekitar 3 meter.

Prasarana GPS ini dibangunkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat untuk tujuan pengunaan pihak tentera mereka, namun kini ianya boleh digunakan oleh orang awam seluruh dunia.

Untuk menggunakan kemudahan GPS, alat penerimaan yang boleh menerima isyarat GPS perlulah diperolehi. Alat penerimaan GPS kini telah dijual dengan meluas, harganya adalah disekitar RM500 - RM5,000 bergantung kepada keupayaan.

Kini kemudahan GPS juga telah dimasukkan kedalam telefon bimbit. Dengan kemudahan ini pengguna telefon bimbit telah boleh mengetahui lokasi dimana mereka berada bila-bila masa. Kemudahan GPS juga telah ditambahkan kepada pelbagai perkakasan seperti Kamera, Lampu suluh, Kereta, cermin mata, dan juga apa-apa peralatan yang memerlukan maklumat lokasi.

Sistem GPS adalah sistem teknologi satu hala, ini bermakna peralatan hanya mengetahui lokasi dimana mereka berada, maklumat tersebut tidak boleh disebarkan semula melalui teknologi GPS. Untuk maklumat lokasi dikongsikan dengan pihak lain, teknologi sokongan seperti GPRS perlu digunakan.

Kemudahan GPS asas boleh memberitahu lokasi garislintang dan garisbujur sahaja ini dinamakan GPS 2D. Jika peralatan GPS mempunyai kemudahan 3D, maklumat ketinggian juga boleh diketahui.

Sumber - drivetime.azlipaat.com

0 ulasan:

Catat Ulasan