Ahad, Jun 05, 2011

Prinsip Ion Negatif

Sel membentuk tulang,otot, kulit, organ luaran dan dalaman untuk membentuk manusia yang sempurna. Sel-sel badan bekerjasama untuk kelancaran sistem tubuh tanpa mengira waktu. Sel adalah asas kepada tubuh badan manusia, manusia akan jatuh sakit apabila sel mula lemah, fungsi sel juga boleh menghapus dan menyingkir bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan. Membina kesihatan secara automatik, jangka hayat dan keaktifan sel dalaman badan dipengaruhi oleh unsur ion yang terbentuk di dalam tubuh badan.

Badan manusia juga mempunyai kebolehan untuk mengimbang kelancaran sistem tubuh terutama bila berlakunya masalah berkaitan alam sekitar. Pencemaran alam dan kadar pengoksidaan yang tinggi akan menyebabkan darah menjadi berasid dan alkali tinggi hingga mengganggu kelancaran sistem tubuh. Namun, sistem imunisasi masih berfungsi untuk mencegah badan daripada jatuh sakit dan memastikan keseimbangan sistem tubuh. Dalam keadaan ini, sistem tubuh sentiasa berada dalam keadaan waspada kerana apabila keseimbangan tubuh badan mula terganggu, masalah penyakit akan mula terbentuk.

Masalah penyakit berpunca daripada pencemaran alam sekitar, tekanan hidup dan sumber bumi, oleh kerana lapisan udara sudah mula tercemar dan tahap pengoksidaan yang tinggi. Hal ini menyebabkan darah mulai pekat dan berasid serta boleh mengakibatkan kekenyalan saluran darah terjejas.

Sistem keseimbangan tubuh manusia dan sistem organ dalaman boleh berfungsi dengan aktif dan berkesan melalui tahap darah yang beralkali rendah. Masalah penyakit juga akan menunjukkan penyembuhan secara berperingkat.

Menurut kajian daripada Profeser dari sebuah universiti dari Negara Jepun menyatakan bahawa unsur ion negatif bersifat alkali rendah manakala ion positif pula berunsur alkali tinggi.

Alam sekitar yang tercemar mempunyai unsur yang boleh mengaktif unsur ion positif. Unsur ion positif yang berlebihan mengakibatkan kepekatan asid hingga menyebabkan keteganggan pada sendi otot, masalah sakit kepala, sakit bahu dan system saraf. Bila tubuh badan mula menunjukkan tanda-tanda seperti ini secara tidak langsung mempengaruhi fungsi saraf dalaman badan dan dalam keadaan yang tidak disedari. Masalah penyakit seperti kanser dan pelbagai penyakit yang sukar dirawat akan mula terbentuk.

Pertambahan ion positif boleh menyebabkan sistem saraf dalaman dan sel mengalami proses pengoksidaan, kelancaran metabolisme juga akan terganggu. Selain itu, bahan kumuhan tidak dapat disalur keluar dari badan hingga berlakunya masalah penyakit dan proses penuaan pada sel-sel meningkat dengan cepat.

Ion negatif pula mampu mengimbang kandungan ion positif yang berlebihan, melambatkan proses pengoksidaan pada sel dan kandungan ion negatif dalam darah. Ion negatif juga membantu mempercepatkan penghantaran oksigen kepada sel-sel di seluruh badan serta mengaktifkan sel dan melancarkan sistem metabolisme yang lebih baik. Masalah penyakit pada zaman sekarang berkait rapat dengan unsur ion positif yang ada disekitar kita. Oleh itu, unsur ion negatif yang menculupi boleh membantu dalam rawatan penyakit dan pencegahan.

Walaupun terdapat pelbagai kaedah rawatan yang moden lagi canggih, tidak bererti penyakit boleh disembuhkan. Penggunaan pelbagai kaedah rangsangan melalui ubat-ubatan menimbulkan banyak kesan sampingan serta menpercepatkan proses penuaan pada sel-sel di seluruh badan.

Penggunaan ubat-ubatan mempunyai kesan yang efektif dalam proses rawatan penyakit, tetapi apabila sel mula aktif, fungsi penyembuhan semulajadi yang ada pada sel boleh membantu perubahan penyakit secara lebih berkesan dan sampai ke peringkat punca penyakit. Inilah yang tidak mampu dilakukan oleh kaedah rawatan zaman moden.
Kaedah rawatan moden mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi,tetapi mempunyai kesan sampingan. Ion negatif pula mampu untuk menyingkir dan merangsang proses pengeluaran bahan kumuhan dari ubat-ubatan dan mengurangkan kesan sampingan.
Dengan cara ini, kesan penyembuhan boleh ditingkatkan lagi dan ditambah dengan pengambilan ubat dan kaedah terapi yang sesuai. Ia juga boleh ,memberi kesan yang efektif walaupun dengan cara menggunakan ubat yang sedikit berbanding penggunaan ubat yang tinggi.

Kaedah rawatan ion negatif pula berbeza. Selain boleh meningkatkan keberkesanan dalam merawat penyakit, ia juga boleh mengurangkan kesakitan dan penderitaan akibat penyakit yang dialami berbading kaedah lain yang mempunyai pelbagai kesan sampingan.
Penggunaan ubat dan rawatan moden sukar untuk menyembuhkan penyakit. Sebaliknya, jika sistem imunisasi yang ada pada badan semakin kuat, ia boleh membantu menyembuh penyakit walaupun dengan sedikit ubat dan kaedah rawatan yang ringkas. Namun begitu, sistem imunisasi dalam badan lemah, keupayaan badan untuk sembuh dari penyakit agak sukar walaupun denga ubat-ubatan yang tinggi kuantitinya ataupun kaedah rawatan moden.

Konsep pencegahan penyakit adalah fokus utama yang penting dalam dunia perubatan. Ion negatif melindungi badan daripada unsur yang terhasil akibat pencemaran alam serta bahan kimia daripada makanan atau minuman yang boleh menyebabkan punca kanser. Ion negatif yang disalurkan ke dalam badan membantu untuk mengaktifkan lebih kurang 60 trilion sel yang ada pada badan dan mengekalkan kesihatan. Kaedah rawatan moden adalah kurang berkesan dari segi keaktifan sel. Ion negatif adalah cara yang sangat sesuai.

Sel dalaman badan yang akitf membantu meningkatkan daya ketahanan badan menentang penyakit. Dengan daya ketahanan yang kuat, barulah penyakit boleh sembuh secara berperingkat. Oleh itu, daya ketahanan badan yang kuat adalah asas yang penting dalam proses pencegahan dan rawatan penyakit.

Sumber - www.mazioka.com

0 ulasan:

Catat Ulasan