Ahad, Jun 05, 2011

Pertanian Tanpa Cahaya Matahari

"Sudah saatnya sistem pertanian konvensional beralih kepada sistem yang lebih efisien dengan tidak bergantung pada matahari, air dan tenaga."

Pada masa kini, keadaan cuaca dunia semakin tidak menentu. Matahari tidak bersinar, curahan hujan tidak sekata, dan iklim yang tidak menentu. Hal itu jelas menyebabkan keadaan pertanian kian tenat dan akan mengancam kepada dunia.

Cara pertanian yang ideal seharusnya berada di dalam sebuah bangunan berjendela dengan cahaya, suhu kelembapan, kualiti udara dan nutrisi yang terkawal. Itulah yang seharusnya menjadi jawapan ke atas permasalahan yang melanda dunia ini.

Ketika ini dunia sudah mencapai titik kesulitan untuk memenuhi keperluan makan para penghuninya. Separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk bumi tinggal di bandar-bandar besar. Kenyataannya, hampir setengah dari mereka, yakni sekitar 3 bilion manusia, menderita kelaparan dan kekurangan gizi.

Untuk memberi makan kepada semua orang, perluasan pertanian diperlukan dengan mengorbankan hutan dan padang gurun. Atau kita perlu mencari beberapa cara untuk meningkatkan hasil tanaman secara radikal, seperti yang dilakukan Gertjan Meeuws, seorang penyelidik di Plantlab, sebuah syarikat penyelidikan swasta dan tiga jurutera biologi daripada Belanda.

Nih orang-orangnya:


Keempat-empat penyelidik itu telah menggunakan konsep rumah kaca, dengan selangkah lebih maju iaitu menggunakan persekitaran yang tertutup dan terkawal. Ini menunjukkan ia tidak menggunakan cahaya matahari, berbeza dengan rumah kaca yang selama ini memerlukan cahaya matahari.

Dalam kajian mereka, beberapa tanaman seperti strawberi, paprika kuning, kemangi dan pisang hanya memperoleh cahaya dari light-emitting diode, atau LED (suatu semikonduktor yang memancarkan cahaya monokromatik).

Dalam hal pengairan, air dialirkan masuk ke dalam bekas penyiraman semasa diperlukan, membuatkan penggunaannya lebih cekap. Sementara itu, pelbagai kelebihan akan dikitar semula. Suhu dijaga sebaik mungkin agar tetap konsisten. Demikian pula lampu akan automatik hidup dan mati, seperti kejadian siang dan malam.

Adaptasi

Sinar matahari bukan hanya tidak diperlukan, malah juga boleh membahayakan. Tanaman hanya memerlukan panjang gelombang cahaya yang tertentu untuk tumbuh, tetapi di luar, ia harus menyesuaikan diri dengan pelbagai cahaya untuk terus hidup.

Ketika unsur cahaya dan lain-lain dimanipulasi, tanaman akan menjadi lebih cekap dan boleh menggunakan tenaga lebih sedikit untuk tumbuh.

Dalam "ruangan iklim" yang berjarak hanya beberapa batu dari stesen kajian tersebut, langkah dilakukan dengan memelihara pokok Fittonia (sejenis tanaman rumahan yang berwarna-warni), dalam dua lapisan seluas 70 meter persegi (masing-masing terletak 750 kaki persegi). Ledakan kabut memastikan bilik lembap dan suhu seperti keadaan tanaman asli di Amerika Selatan.

Setelah biji berakar, langkah selanjutnya adalah ke tahap yang paling sensitif dalam proses pertumbuhan. Ia dibawa ke rumah kaca untuk ditanam. Proses untuk menjadi tanaman dewasa memakan masa selama 6 hingga 12 minggu lebih.

Selama satu dekad lebih, empat penyelidik itu telah 'bermain-main' dengan kombinasi cahaya, tanah, dan suhu pada pelbagai tanaman. Kadar pertumbuhan tanaman tersebut terbukti tiga kali lebih cepat daripada yang ditanam di rumah kaca biasa. Tanaman itu pun tidak perlu menggunakan racun perosak. Penggunaan air juga 90% lebih sedikit daripada pertanian di luar.

Profesor Holtikultura Universiti Wageningen, Olaf van Kooten, yang telah mengamati projek itu mengatakan setiap 1 kg tomato yang ditanam di kawasan Negara Israel memerlukan 60 liter (16 gelen) air. Tomato dalam jumlah yang sama boleh tumbuh di rumah kaca projek Meeuws di Belanda dengan hanya memerlukan satu perempat jumlah air tersebut, sangat jimat bukan?

Sistem itu jelasnya, merupakan langkah pertama yang harus dimajukan dengan serius. Namun, lebih banyak kajian diperlukan dan manusia perlu membiasakan diri tanpa cahaya matahari (sunless) dan kawasan pertanian yang sempit.

Ilmu di sebalik lampu LED dalam bidang pertanian cukup ketat dan terkenal. Kos yang ditinggalkan pun dramatik. Pembangunan selanjutnya adalah Diod atau OLED yang dapat dipasang dengan filem nipis dan boleh melilit tanaman. Itu akan menjadi jauh lebih efisien sesuai dengan keperluan.

Salah satu aplikasi ruangan tumbuh tanaman di bawah lampu LED adalah yang seperti NASA lakukan. Tanaman ditanam di sebuah ruangan di stesen angkasa Mir pada 1990-an sebagai sebahagian daripada percubaan mikrogravitasi.

Ini adalah hasil kajian orang-orang ahli di atas:

















Sumber - whiw.blog.com

0 ulasan:

Catat Ulasan